Friday, April 8, 2011

LUAHAN SEORANG MAKCIK CLEANER

Fuhh! Panaih! Panas terik matahari, panas beg duit gak terbang lebih kurang RM100 tukar tayar moto. Huhu tu la, bawak kasar sangat, langgar abeh semua benda. Uncle tu tunjuk tadi, serba serbi pecah. Manyak ganas woo ini pompuan~

Berbalik kepada tajuk entri aku ni, luahan hati seorang makcik cleaner. Macam syahdu je kan bunyi. Ceritanya macam ni....

*
*
*
*

Pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan pada hari itu.. Ada yang bekerja.. Ada yang bergembira.. Happy birthday to me.. Happy birthday to me....Hello,Maznah ke tu? Apa,beras habis? Eh terasul~ Sorry, pengaruh media elektronik.

Aku bangun taknak cakap la pukul berapa. Kelas pagi dah takdak, maka bersuka ria la atas katil guling-guling. Tapi dah janji nak ke bilik gerakan pagi tu, ku gagahi jua kudrat yang tinggal ini untuk keluar mandi. Ezah roomate aku dah keluar pegi kelas. Dengar-dengar bunyi makcik cleaner tu dok basuh tandas. Lepas tu senyap. Dah abeh la kot. Aku pun dengan muka baru bangun tido,keluar la nak mandi. Bukak pintu, makcik tu depan pintu tengah mop. Erkk!!


makcik tu depan pintu dengan senyuman *rambut aku ungu woo~ *




Makcik: " Haa keluaq pun.. Meh mandi meh, makcik dah habeh basuh dah.."

Aku: " Eh takpe makcik, saya nak p ambik barang sat kat bawah.."

Makcik: " Eh takpa takpa, makcik habeh dah. Mai mandi mai.."

Nak jatuh aku kat sit. Huhu. Lepas tu masuk nak mandi, makcik tu bercerita la. Tugas beliau sebagai seorang cleaner bukan senang. Pihak desasiswa suruh buang je bekas-bekas mandi dan makanan yang ada dalam tandas tu, tak kira la rendam pun.

" Tapi makcik tak sampai hati la nak.. Makcik pun ada anak belajaq kat universiti. Sibuk kan kadang-kadang tak sempat nak basuh terus lepas makan. Kita paham, anak kita pun macam tu tapi kalau tak buang, makcik kena marah.. Makcik tak gamak la nak buang.. "


Sedih pulak aku dengar. Makcik ni memang selalu sembang dengan aku sebab asal beliau nak masuk basuh tandas je, aku pun gedik-gedik nak masuk. Hehe. Selalu bekas tupperware 30sen aku kena buang kalau rendam . Bising jugak la tapi dengar luahan hati makcik tu, baru aku faham. Dengan itu, aku berjanji tidak akan nakal lagi. Tetibe kan~

Moral of the story :  Sayangi makcik cleaner anda. Mana taw beliau ada anak teruna hensem?

:D

3 comments:

Nasya Azman said...

ooo..suka tinggal bekas dalam bilik air yekk :P
padan muke kena buang..hahahaha
-kak aisyah (rumate kak tini hang) :)))

mr_right said...

huhu..
sedeh3 ~

SaYaLiYaNaSaiDi said...

kak aisyah: hehe makan malam,rendam la. xsempat selamatkn pagi tu. :P

mr right: mmg.. tpikir gk bila mkcik tu cite dilema dye..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...