Monday, April 25, 2011

KAMI YANG HOT~

Today, I learnt my lessons.



1. Jangan terlalu dengar cakap-cakap orang. 

I knew it but memang aku jenis terlalu fikirkan apa orang cakap, apa orang kata walaupun orang-orang itu mungkin cuma pandai berkata-kata mengenai sampah. Diakui dan disahkan oleh kilang bakal bapak mertua aku, SIRIM, yang aku memang cepat terpengaruh dengan cakap-cakap orang. Kalau ada orang cakap Johnny Depp  nak kawen lagi pun aku akan menangis sebelum sempat Google berita sebenar. Innocent weh.
Sebab dengar dan percaya dan sangat memikirkan cakap-cakap orang ni la aku almost hilang the most precious person in my life. Almost baby, almost.

 

2. Nobody is put on this Earth to please others all the time.

Perasaan untuk menjadi seorang yang disenangi semua, pleased others sangat membunuh. People said we can't pleased everyone but I just can't. Wah speaking tapi merepek. Memang kita tak boleh nak senangkan hati semua pihak. Dan memang akan ada pihak yang akan tak puas hati dengan apa yang kita buat. People observed and memang sifat semulajadi manusia nak orang ikut cara dia je. Hek eh~ Banyak chantek??! Sebab konon nak senangkan hati semua orang la jugak aku almost baby,almost hilang orang penting dalam hidup. Sebab? Ada la 2,3 kerat yang agak tak berpuas hati dengan cara aku. Sebab nak senangkan hati mereka-mereka tu, walaupun separa, bukan, memang tak rela, nak je aku lepaskan what is half-officially mine.Rugi kan? Takyah nak jadi adorable sangat Liyana. You are not put on this Earth to please them. Tak gitu?




3. Tanya semua pihak dulu sebelum melenting dan buat keputusan.

Aku memang panas baran. Gile baran tapi sweet la. Biar la nak puji diri sendiri pun. Blog aku. Orang cepat baran ni aku kategorikan sebagai orang yang mulut dia lagi cepat bertindak dari otak. So bila ada mulut-mulut longkang yang keluarkan statement ikut pendapat masing-masing, aku dah melenting. Kalau betol, takpe gak. Ini benda yang tuan punya badan pun tak kata apa, orang lain yang lebih-lebih. Yang ni aku baran,lagi-lagi tiba-tiba nama aku naik. Paling best, statement tu konon tuan punya badan yang mengeluh mengadu merintih sayu, walhal itu pandangan sendiri ja. Sebagai contoh, ada khabar angin tersebar Mr A dikongkong, dikontrol teman wanita sendiri. Bila ditanya tuan punya badan a.k.a Mr A, takde pun beliau rasa dikongkong ke, dikontrol ke, malahan beliau lagi suka diambil berat sedemikian rupa . Tu la kn, macam yang aku type atas-atas tu, semua orang rasa pandangan dia betol~~




4. Jangan ikut sangat cakap-cakap orang yang tak sepatutnya.

Semua orang boleh bagi pendapat. Free country kan. Tapi kita yang nak mendengar ni kena la bijak memilih saluran yang betul. Takkan la kita nak percaya seorang artis aliran sastera bagi pandangan pasal efek sodium dimasukkan dalam air,kan? Takkan la nak buat pedoman nasihat seorang lelaki yang berapa nak bertanggungjawab dengan wanitanya sendiri tentang relationship yang ideal. Takkan la nak dengar pandangan tentang perempuan dari seorang lelaki yang pernah terluka teruk sebab komform la pandangan berat sebelah. Dan takkan la jugak kan nak ambil pot kata-kata seseorang yang mungkin tak pernah mengalami bonding antara lelaki dan wanita tentang cara-cara menjaga pasangan anda? Dengarlah dari yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Ingat tu Liyana.



5. Be yourself,live your life!

Yep, be yourself.  Live your life. Orang boleh menilai anda, orang boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, tetapi hidup anda, terpulang kepada anda untuk menjalaninya. Kalau hidup bertuhankan apa orang nak, itu bukan kehidupan. Semua orang ada hak untuk menjalani hidup masing-masing.. Aku rasa macam pakar motivasi plak ayat skema macam ni. Biarlah apa orang nak kata, kadang-kadang perlu untuk kita persetankan mereka. Kerana mereka hanya pandai bercakap, mengkritik tetapi hasilnya,kosong. Mereka juga sama.


Ni la antara benda-benda yang aku belajar hari ni. Orang boleh bercakap,orang boleh mengata, tetapi hanya kita tahu siapa kita.


Dan, mereka yang mencari kesempurnaan kita dan memandang rendah kekurangan kita bukanlah teman yang baik.

Hargai mereka yang menyayangi anda kerana ketidaksempurnaan anda.


" Saya sayang awak dengan awak yang sekarang, yang kata mereka banyak kekurangan. Jadi, apa pun jadi, saya akan tetap sayang awak."



Ramai yang sukakan sesuatu kerna paras rupa yang cantik dipandang mereka. Jika kecantikan itu hilang, maka hilanglah jua rasa sayang itu. Ikhlas itu tiada. 

"Tiada manusia yang sempurna.. Tetapi masih ada yang memandang rendah manusia lain kerana mereka lupa mereka juga tidak sempurna.."

 

 

Kepada mereka-mereka yang mengharapkan kesempurnaan sepanjang masa, anda sempurna kah? Tidakkah anda sedar, dimata seseorang,anda juga tidak sempurna? Sedarkah anda, anda sedang syok sendiri apabila anda menilai kelemahan seseorang ?

 

If you can't Accept me at my Worst, you don't Deserve me at my Best!


Saya tak suka dijudge begitu, tambah-tambah oleh orang-orang yang saya pandang  biasa-biasa sahaja. Tolong la faham,pandangan anda tidak mengubah apa-apa pun. Saya tahu saya hot. Semua kisah peribadi saya perlu diketahui. Tetapi fahamilah, saya tak perlukan pandangan awak. Saya tak tahu dimana relevennya. Maaf. And please, take care of your own penis and balls.


Apa-apa pun, peristiwa hari ini,or semalam telah membuatkan aku jatuh cinta kembali! 
Oh gedik~

ZzzzZzzzZzzz~

2 comments:

pikasya said...

" Saya sayang awak dengan awak yang sekarang, yang kata mereka banyak kekurangan. Jadi, apa pun jadi, saya akan tetap sayang awak."

sumpah sweet weh ayt nei! ;)

SaYaLiYaNaSaiDi said...

yep.. bukan senang nak dapat org yg syg kita dlm keadaan serba kekurangan..

seriously this is my story :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...