Saturday, October 8, 2011

PENGALAMAN: KEJADIAN MISTERI DI JALAN RAYA.

As Salam. Kali ni aku nak cite satu kejadian yang bertemakan misteri~~

Korang pernah dengar cerita pasal kejadian-kejadian misteri kat jalan raya? I bet everyone pernah dengar. Aku masa kecik dulu, uncle dengan sepupu selalu cite pasal hantu-hantu kat jalan raya ni. Yang paling famous of course la hantu Lebuhraya Karak kan? Macam-macam la, Volkswagen kuning la, hantu kepala tiga, gadis berkebaya merah la dan macam-macam lagi. Namun begitu,hantu-hantu glemer dan klass ni bukanlah main point aku kali ni.

Kali ni aku nak bercerita tentang hantu-hantu kat jalan raya yang kita sendiri selalu nampak dan mungkin pernah alami kejadian ngeri dan aneh sebegini.


Kalau korang memandu tengah-tengah malam, tiba-tiba ada something melintas,ngeri tak? Takot tak? Mesti dap dip dup gila jantung kan. Silap haribulan, terbabas woh! Tapi itu kalau tengah malam. Bayangkan tengah-tengah hari buta, tiba-tiba ada 'hantu' baek punya melintas tiba-tiba, rasanya boleh terbabas jugak. Gila la, dasyat punya hantu, tengah-tengah hari buta gini selamber je melintas, tak terbakar plak tu kena cahaya matahari! Memang lah sangat hebat, boleh melintas sesuka hati tak tengok kiri kanan. Kau hantu, takpe la kebal. Aku ni tak. Mortal. Boleh mati. Motor calar nanti kena repair. Pakai duit brader, duit!



Lagi satu, Volkswagen kuning kat Karak tu takdak pemandu tapi overtake kereta slamber je. Ok la kan,dia tu hantu. Tapi hantu jalan yang satu ni lagi hebat. Hantu 3 Beradik. Abang Long dia jenis signal tak bagi, tiba-tiba ja pusing kiri kanan. Perghhh!! Hantu betol la lu! Serius memang nak luruh jantung rasanya bila terserempak dengan hantu jenis gini masa tengah drive. Oh My Kancil! Kalau la reflek tak cepat, memang bermaksiat la kereta kita, I cium bontot kereta u~


Tak cukup lagi, ada lagi Abang Ngah dia. Kalau hantu kat atas ni buat aksi ngeri masuk kiri kanan sesuka hati, yang ni dia jenis kasi suspen sikit. Tengah-tengah drive, tiba-tiba kereta depan slow. Slow je pemanduan, tiba-tiba, KABOOMMM!!! Dia tak meletup, dia pusing kiri. Pehhh.. Suspen gila!  Dia punya slow tu memang suspen tahap meresap kedalam hati lah! Hantu macam ni ada 3 beradik. Lagi satu sedara dia yang bongsu, jenis kita tengah drive laju, tiba-tiba dia keluar dari simpang. Jenuh la brek mengejut, lepas tu dia pandu slow ja kat depan, tak hiraukan lansung kita manusia yang tadi drive laju. Itu la, hantu siang-siang pegi tido, kau nak drive jugak. Kalau isteri aku nak beranak, memang dalam kereta tu la aku dapat anak sulung. Tapi aku perempuan, memang takde isteri la nganganga~


Kita terjah pulak hantu yang seterusnya. Tadi awal-awal aku cerita pasal hantu lintas sesuka hati. Kali ni hantu yang suka berjalan secara berkelompok/berjemaah diatas jalan raya. Aku baru je jumpak hantu ni beberapa hari lepas. Memang menggeletor rasanya bila jumpak hantu jenis ni. Selalunya hantu wanita kalau jenis gini.Aku rasa yang ni bukan hantu tapi puteri bunian sebab ayu-ayu belaka. Dowang berpeleseran dan bergurau senda atas jalan tanpa menghiraukan kenderaan di belakang. Kalau hon nanti dowang marah, habis mengamuk. Nak cari dukun handal zaman sekarang ni susah.


Fuhh! Meremang bulu mata aku taip entri ni. Berhantu sungguh mereka-mereka ini sampai buat aku nak naik hantu kalau jumpak hantu-hantu gini. Memang aku akui, ramai pernah mengalami kejadian menyeramkan sebegini diatas jalan raya, even di siang hari. Berhati-hatilah kalian semua, mereka ini bukan calang-calang kejadian. Mereka bisa membawa padah. Kalau tak pun, komform selalu kena maki haramjadah.


Diharapkan anda-anda semua berhati-hati dengan kelompok hantu ini kerana they are among us... # suara misteri.

2 comments:

Anonymous said...

mmg best hantu2 ni...byk kali da kene...mmg sbr je..

xmegoox said...

fak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...