Thursday, October 13, 2011

ZAMAN KECIK-KECIK DULU: ya still remember?

 As-salam. Sepatutnya sekarang aku kletuk-kletak keyboard menaip report literature review research paper aku tapi terpesong pulak ke blog. Well, macam tu la hidup, kadang-kadang kita terbabas sedikit dari landasan. Lumrah hidup. #banyak la kau punya lumrah, pemalas!


Minggu lepas aku beli pensel warna sebab tiba-tiba gian nak mewarna. Maka nota kuliah dan journal FYP la yang jadi mangsa. Black and white kan semua diagram so aku boleh mewarna. Sweet sangat warna-warni! Tapi ada something yang missing bila beli pensel warna tu.

Ingat lagi tak masa kecik-kecik dulu, beli pensel warna dapat sharpener free kat bawah? Ingat tak? Ingat tak?!  Kellas gila dulu, ada sharpener warna-warni. Pensel tak patah pun karate  bagi patah sebab nak asah selalu hehe.

Tapi ingat lagikah anda-anda semua, dulu tak panggil sharpener pun. English sangat rasanya. Dulu aku panggil GURMIT / GERMIT. Legend gila nama nih. Germit. Pehh. Mana nak cari dah budak-budak sekarang guna nama ni. Nak sebut pun malu rasanya.


Legend #1 : Germit

Lepas tu ada yang bertutup. Kalau asah, habuk pensel tak jatuh merata-rata. Dah penuh nanti bukak tudung tu, pegi buang. Lagipun dulu kan kalau kena angin, nanti mata pengasah jadi tumpul Keh3~  Then lagi hebat, ada pulak yang  double sharpener. Ala yang boleh asah dua pensel sekali tu. Aku pun ada dulu, tapi lepas tu kena marah sebab rupanya yang tu pengasah eyeliner mak aku. Tu la over sangat nak glemer kat sekolah haha! Then comes the greatest invention, pengasah yang pusing-pusing tu. Fuhhh kalau boleh guna kat sekolah dulu, memang eksyen je muka pusing-pusing pengasah tu. Bengkek je member-member lain yang tak ada.



Dah terlanjur mengingati germit ni, terbawak-bawak la pulak kepada benda lain. Pensel tik-tik ingat? Nama timang-timangan pensel mekanikal. Zaman sekolah rendah dulu kalau guna pensel tik-tik ni, uihh glemer kao Jah~ Mahal kan. Seringgit lebih satu. Dulu-dulu seringgit tu la buat shoping kat kedai buku + makan kat cafe + balik sekolah singgah beli air jagung kat makcik gerai. Sekarang ni pensel tik-tik sampai RM10 pun ada. Dulu kalau sape guna pensel tik-tik yang goncang ( shake) tu, memang otai la. Sungguh berteknologi dan glemer! Kemudian ada pulak pensel yang mata jenis sambung-sambung tu. Apa nama ntah,lupa dah.  Kalau habis guna mata, ganti yang lain. Boleh simpan mata baru kat belakang pensel. Ala-ala main enjit-enjit semut, sape sakit naik atas~



Pemadam taw kan? Tapi dulu-dulu tak panggil pemadam, panggil RUBBER. Kalau kami orang utara ni, sebut RABER. Bahaya benda alah ni, salah sebut boleh dapat penyepak free sebab macam raba je bunyi kan.

" Awak,awak, nak rubber?"  bunyi macam " Awak,awak..nak raba?"

Haha! Pemadam pulak macam-macam jenis ada. Masa aku sekolah rendah dulu, paling femes mestila pemadam 10sen yang macam-macam corak tu. Kalau main tikam pemadam, memang jadi mangsa pemadam jenis tu la. Aku dulu suka kumpul pemadam macam tu, penuh je kat  kotak pensel 2 tingkat tu. Lagi best kalau dapat pemadam besar. Then muncul pulak pemadam warna-warni. Yang ni budak-budak pompuan la selalu beli. Lagi satu pemadam macam pensel tu. Stick eraser. Mahal woh dulu.  Dengan ihsan mak aku jela aku mampu guna sekali masa sekolah rendah.


Teringat pulak pasal pensel kayu. Dulu ada pensel HB dengan 2B. Sekarang pun ada je,macam la dah pupus pensel tu. Zaman sekolah aku dulu, pensel HB merah la femes.  Dua kupang ja ~ Lepas tu ada yang corak bunga-bunga pulak. Then muncul pulak yang jenis ada bulu-bulu kat atas. Yang ni pun pompuan la suka. Pelik sangat aih budak lelaki guna pensel bulu-bulu tuh.  Budak lelaki suka pensel yang ada cop kat atas tu. Dulu femes cop Pokemon la. Merata-rata cop menatang tu. Kat buku latihan penuh cop tu. Hehe. Lagi satu pensel besor tu. Aku penah bawak gi sekolah, padahal tu pensel hiasan je buat gantung kat dinding. Nak kellas la katakan~ Bawak la benda pelik-pelik gi sekolah :P

pensel legend: corak-corak, bulu-bulu


Lastly, zaman sekolah dulu la gila buat biodata. Boleh dikatakan setiap sorang wajib ada buku biodata, buku kulit keras tu (buku log). Yang lagi glemer kalau ada buku yang bercorak-corak as cover. Kalut la buat biodata guna pen kaler-kaler. Yela time ni jela nak merasa guna pen. Sekolah rendah mana boleh guna pen. Lepas tu tulisan macam-macam jenis. Tajam la, berbunga la, tulisan gedik-gedik macam ular la sampai tak boleh baca, Tajuk pulak, macam-macam variasi. My Biodata, Diari Hidupku, Tentang Aku, Me Myself and I dan macam-macam lagi.  Tajuk tu kadang-kadang tulis dengan tempat yang ada ABC, kita ikut ja tu. Aarghh aku lupa apa nama dia.

ni ha benda ni. nama apa tah.

Lepas dah tulis macam-macam, mesti ada ucapan kan kat bawah sekali. Ingat I selalu, Good Luck, bla3 lagi. Masa tu rasa macam persahabatan sangat lah suci dan tulus. Aarghh rindu gila nak kawan macam zaman kecik-kecik dulu. Zaman dimana takdak persahabatan yang fake, tak kawan sebab nak ambik kesempatan, apatah lagi gunakan kawan sendiri. Kalau gaduh, tak mau kawan. Lepas tu salam pelok, kita kawan balik. Sikit pun tak dendam. Rindunya :)

Aha! Part paling best bila buat biodata is bila part makanan kegemaran ke, hobi ke, cita-cita ke, pape jelah, jawapan mesti:

RAHSIA~~

Hahaha! Rasa hot bila tulis rahsia. Mesti kawan-kawan tertanya-tanya kan apa la makanan kegemaran dia ni,padahal hari-hari melantak nasi lemak kat kantin.


Hehe, seronok pulak ingat benda-benda zaman sekolah rendah dulu. Macam-macam lagi la memori waktu sekolah dulu tapi nanti panjang sangat pulak entri ni. Terus jadi bosan. Burrr~~ Taip yang ni pun aku dah senyum lebar sorang-sorang. Rindu pulak zaman sekolah rendah dulu. Perhimpunan beratur, nak luruskan barisan letak tangan atas bahu orang hadapan. Comel comel. Comel rupanya aku kecik-kecik dulu. Eh? Tersasul pulak :P

Okeh, selamat menikmati zaman bukan kanak-kanak  yaww!

ZzzzZzzzZzzz~~

4 comments:

kira kekuri said...

sangat suka! hehehe

LyNn LyNdA said...

hehe..smbil bace smbil tsenyum..
gler rindu zaman skolah dlu..uhuk~
sgt stju y part tulis biodata 2..mmg smuanye nk tulis RAHSIA..haha..

done follow kamu...~

SaYaLiYaNaSaiDi said...

@kira kekuri: tq :)

@LyNn LyNdA : haha kan? semua la nk tulis rahsia. keh3.. mmg,rindu sangat2 :)

paRi2 hiTAM said...

hahaha,rindu nya skolah rendah..
tingat dulu kalo tulis biodata mesti tulis mcm n,cth nama siti

s:seorang pemalu
i: indah dari nama
t: tinggi orangnya
i: bla bla bla...
hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...