Sunday, October 2, 2011

MEMPRAKTIKKAN TEORI KEBARANGKALIAN DI BORDERS

Aku baru balik eksesais. Betol,tak tipu. Baru lepas tawaf Queensbay ntah berapa kali pun tak taw. Niat pegi sebab aku kebulur Kenny Rogers. Mengidam ntah apa-apa. Hehe. 

Lepas tu macam biasa lepak-lepak BORDERS. Separuh hidup aku dah didedikasikan kat BORDERS tu. Propa sangat~ Pusing-pusing cari novel Cathy Glass, cadang nak buat collection tapi haram tak jumpak! WTB! Where's The Book?!! Memang lah sangat geram tapi terubat sesal di hati bila tengok BORDERS Value Pack 4 novel RM60. Then collection Sherrilyn Kenyon punya novel, 5 buku RM150. GULP!


GULP! lagi sekali. Hehe. Kempunan~


Tiba-tiba Ayie bising-bising buku Schaum's Physics harga berapa ratus ntah. Aku pun ikut la pi tengok buku tu. Alah tak yah beli, abah dah ada. Untung tau masuk universiti belajar kos sama dengan parent. Jimat duit tak payah beli buku kehkehkeh. Tapi mata terpandang buku-buku lain.

Huh! Huh!

The Story Of Physics, Finding The Smallest Particle in The World, Einstein's Quotation, How The Hippies Save Physics dan macam-macam lagi. Purata satu buku RM100. Waa!!! Nak SEMUA!! Tapi apakan daya duit dah habis banyakbanyak sebelum masuk BORDERS.Isk isk isk disini menyesal! #drama


Bak kata orang, kalau desperate macam-macam kita boleh buat. Dengan segala jahatnya aku pusingkan buku tu supaya tajuk mengadap dinding. Ada buku aku letak celah-celah buku tebal Quantum dan buku-buku yang kemungkinan orang jarang tengok. Tak lupa ku hembus-hembus rak Fizik tu moga orang lain tak nampak sebab semua buku tu cuma ada SATU SAHAJA! Segala taktik diatas ini diberi nama SalahGuna Teori Probability. Hehe.


Lepas rasa selamat dan boleh kembali ke desasiswa dengan senyuman, tiba-tiba terfikir.


Ramai sangat ke nak beli buku Fizik macam tu sampai terhegeh-hegeh nak sorok bagai Cik Liyana oii...

=,="


Sekian. T~T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...