Sunday, October 9, 2011

DARI BUDAK ASTRONOMI: PELANGI BULAN!

Goodnite! Sebab sekarang pukul 3pagi dan masih tak boleh tidoq =,='

Akhirnya aku nak share sesuatu yang berguna dan bermanfaat dalam blog ni. Akhirnya!! Tapi dulu pernah share pasal matahari.So bukan akhirnya sangat la. Ala~~ Ala~~ OK back to bussiness.

Tadi kecoh-kecoh dalam Facebook suruh tengok bulan. Ingatkan bulan warna biru ka colourful ka, rupanya ada fenomena halo bulan. Bukan lu halo-halo sama gua, tapi kejadian pelangi di sekeliling bulan. SUBHANALLAH memang sangat indah, walaupun aku tak tengok pun tadi~

Tapi aku dah tengok 3 kali sebelum ni~~ Lalalalala *wajah riak*


Ramai jugak tanya pasal halo ni, biasa la I kan student astronomi~ *riak lagi. Double riak* Menggedik gila kan. Haha. Ok teruskan,teruskan. Ramai tertanya-tanya apa cer sebenarnya halo bulan ni maka dengan bersemangatnya aku meng'explain'.


First time aku tengok halo bulan ni masa first year kat USM. Sanggup keluar jalan-jalan sorang-sorang untuk menikmati keindahan pelangi malam ini #cewahh. Lepas tu sebagai seorang nerd, aku pun Google pasal halo ni dan fakta dalam Wikipedia tu aku ingat sampai sekarang. #memang suka hafal fakta Wiki, boleh la jadi genius depan orang :P


SEJARAH HALO *supaya boleh tidur jap lagi zzzzzz*

Halo ni berasal dari perkataan Greek bermaksud nimbus (hampeh punya Google Translate! Jangan tanya aku apa maksud nimbus tu!). Umumnya halo ni terjadi bila kristal ais kat langit dari awan sirus ditembusi cahaya matahari. Kan bila cahaya dipantul dan dibias, ia akan terserak kepada tujuh warna? Itu la yang terjadi dalam kes halo ni. Kristal ais ni bertindak sebagai prisma dan cermin yang meyerakkan cahaya matahari kepada 7 warna pelangi. Kalau zaman sekolah dulu rajin aku hafal semua warna tu.


Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu = Michael Jackson Keluar Hutan Balik India Utara 
#Nimonik 7 warna pelangi tu hehe~


Halo ni sebenarnya ada banyak jenis dan bergantung kepada bentuk dan kedudukan kristal ais. Ada la sudut-sudut tertentu yang menghasilkan halo ni dan umumnya 22'. Dibawah saya sertakan visual berkaitan sudut halo*cewah* : 

pembentukan pelangi bulan #1

pembentukan halo bulan #2.


Paham tak gambar kat atas tu? Secara simplenya macam ni la, kristal ais tu bentuknya segi enam (heksagon) dan bila cahaya menembusi kristal ais di sudut apex 60' , cahaya terserak bersudut 22' kepada 7 bahagian iaitu warna pelangi.

Zaman dulu-dulu, orang percaya kalau ada pelangi keliling bulan ni petanda bencana besar bakal berlaku. Tahun lepas selepas bencana bulan ni jadi, eh salah, halo bulan ni jadi, berlaku gempa bumi kat mana tah. Wallahualam setakat mana kebenarannya. Mungkin kebetulan,mungkin jugak betol. ALLAH lebih mengetahui.

Moh layan cuci mata tengok gambar-gambar halo bulan yang cantik. Terima kasih Google. Jasamu dikenang.

Complex halo di Kutub Selatan

Local Halo:hari ini original dari Seremban.Hoyeah!

Another halo from South Pole~

Paling cantik pernah aku tengok. Halo bulan~


Yang ni halo matahari. Cun~~


Dikhabarkan matahari terpaksa ditutup dengan lampu jalan sbb takot lens terbakar #ye ke?




Dan tadi paling menakjubkan, terdapat kalimah ALLAH dibawah halo bulan. I am totally speechless dan hanya mampu ucap SUBHANALLAH..



credit to admin  #Berminyak Otak Akuu Tengok Kaw Cacat Otak Macam Nih~~

One more, bintang terang tepi bulan tadi tu bukan bintang ye kawan-kawan tapi planet Musytari (Jupiter). Sebab tu sangat terang dan tak berkelip-kelip :)


Ha, halo ni bukan jadi kat bulan je,tapi matahari pun ada. Rasanya halo matahari lagi rare tapi lecturer aku Dr Chong ada gambar halo matahari! Cantik! Kalau nak tengok sila bayar~ Ehe. Langit percuma untuk semua. Datang la USM join kami stargazing!!!

Setiap Jumaat, 9.30malam di Padang Kawat.
ZzzzZzzzZzzz~~

3 comments:

House of Dickys said...

best kot..dulu masa nric ade gak sempat tgk bulan....hehehe, tgk kat umh je la

SaYaLiYaNaSaiDi said...

hehe cantik kan alam ni?
halo ni banyak kali jadi,so selalu-selalu lah pandang ke langit #cewahh!

mr_right said...

nak bergiat aktif dalam astro la pasni ! hehe

semalam ade keluar tapi tak perasan plak ade kalimah Allah kat bulan tuh. rugi ~

T___________________T

btw, nice sharing ! ty;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...