Thursday, October 20, 2011

KADANG-KADANG KEGILAAN ITU BERGUNA

 Printer tak kenang budi!

Sepatutnya dimulakan dengan Bismillah, tapi aku mulakan dengan drama. Dari pagi dok repair printer walaupun hakikatnya encoder terkena dakwat ja. Habeh dah hitam biru merah hijau jari-jemari ku ini. Nak marah printer ni face-to-face, nanti roomate aku takut balik bilik pulak ada roomate genius bercakap dengan printer macam ni.

Tapi walaupun printer aku macam ni, sakitnya aku rasa. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Sebab aku jugak dia jadi macam ni. Gigih sangat print jurnal untuk FYP. Semangat la katakan dapat FYP berunsur Biologi. Rasa multi-talented. Dah lama tak rasa macam ni. Akhirnya printer jadi mangsa. Dik, akak mintak maaf..

Cakap pasal FYP, semalam adalah hari bahagia dalam hidup aku. Al-kisah semalam kena present proposal FYP sekali dengan literature review. Penat aku baham (baca dan faham) minimum 10 artikel pasal bio-arang ni, maka dengan bangganya nak present kat supervisor. Tapi sampai pun lambat beberapa minit, sesat dalam school sendiri cari bilik presentation tak jumpak. Mallu~~

Group aku yang kedua kena present, so sempat la tengok group lain present dulu. Mak aih macam-macam kena tanya dengan Dr Nurhayati kesayangan ramai sampai aku pun naik cuak. Sebabnya, group Cik Zehan ni dah ada hala tuju nak guna bahan apa,siap dengan parameter dan benda baru dipasaran. Aku dengan Mira ni, alahai terkebil-kebil nak guna sisa hutan ja. Alasan- senang nak cari bahan, boleh kaut dari Durian Valley ja muahahaha~

So bila turn kami, aku la yang pot-pet pot-pet sebab Mira tak berapa selesa dengan Dr tu. Bila dah macam biasa, aku pun bermerapuan la cakap nak guna tulang manusia. Eh,bau megi! Sori, iklan kejap. Sape makan megi petang-petang ni?

Kembali pada tulang, aku memang ada idea gila ni untuk buat bio-arang guna tulang. Teringat Altantuya punya pasal. Lepas tu pegi cafe, macam tak best ja bila tulang ayam, ikan dibuang begitu sahaja. Bila semua nak buang tulang tu, kumpul satu dunia, banyak tu. Bila biar, lalat hurung, bertelur, bla3 jadi la pencemaran. Perut kenyang tapi alam tercemar. Sekarang ni aku pencinta alam sekitar yang tegar sejak baca buku Dr Volk tulis pasal karbon dioksida. Jangan main-main. Sekarang aku baca buku berilmiah tau.

Ku fikir aku ja ada idea pelik macam ni, tak sangka Mira pun setuju. Macam-macam lagi idea kami keluarkan, nak guna kulit durian Balik Pulau la, ugut Uncle Joe nak kulit buah yang dia guna buat jus la, dan bunuh ramai-ramai nak tulang manusia yang fresh. Yang last tu bukan idea Mira. Sapa ntah.

So aku pun saje la mention pasal tulang ni kat Dr, tapi macam berkonflik pulak. Sikit lagi nak kena guna serai, Dr. Fauziah masuk. Dan sekali lagi kami cerita pasal tulang. And, BAMMM!!

Dr. setuju.


macam gini la rupa kami, terkejut Dr setuju

Pehh, biar betol? Bangga gila rasa bila kali kedua tak kena reject. And Dr. said this is a challenge untuk kami sebab benda baru. Maknanya kami kena kaji pasal tulang dulu, kemudian keperluan tumbuhan, persamaan nutrien tumbuhan perlukan dengan komposisi tulang, itu ini itu ini atau dalam ayat pendek, nak sangat benda baru, buat research banyak-banyak-banyak lagi,minggu depan hantar, cuti Deepavali jangan balik. Thanks Dr, terharu~~

Tapi bukan kes tak boleh balik cuti yang aku nak highlightkan (sebab aku akan balik jugak), tapi jangan takut nak utarakan idea sendiri walaupun mungkin idea tu kedengaran bodoh dan gila. Masa mula-mula fikir pun aku sendiri tergelak-gelak dan anggap tu cuma mainan minda. Dah la bila cakap, kena reject kaw-kaw punya. Tapi atas daya usaha dan bangun dari kegagalan ( hak tuih!) , ada jugak yang cakap very good idea. Henshin!


So bila dah ada yang sudi, dua-dua tersengeh dari School Fizik sampai la ke bilik. Dr pesan jangan guna tulang orang. Kecewa rasa hati aku.
BTW, teringat aku cerita si Planck. Dulu Planck main-main ja pasal energy packet tu dan mengharapkan ada orang prove dia salah, tapi benda tu betol dan jadi salah satu evolusi besar dalam dunia Fizik. macam tu jugak dengan Boltzman. Teori atomik dia yang kena reject, kutuk kaw-kaw punya sampai ada kumpulan ahli Fizik anti-atomic sekarang dah jadi ilmu yang hebat dalam dunia.

So sekali lagi nak tekankan, jangan takut nak cakap pendapat/idea sendiri walaupun kadang-kadang menyimpang (terasa). Idea does not come with age, so takyah nak rasa malu dan rendah diri sangat bila depan orang-orang yang lagi hebat dari kita. Walaupun dowang hebat tapi dowang tawu menghargai idea orang yang tak hebat macam kami ni. 

Kadang-kadang sesuatu yang hebat datang dari idea yang gila.

Renung-renungkan dan selamat beramal.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...