Saturday, October 22, 2011

GUNA DUA TANGAN

Salam. Hehe *sengeh macam beruk dapat bunga*

Dah 3 hari merana simptom printer tak jalankan tanggungawab. Nama je printer tapi tak boleh print. Hey, melawan fitrah!

So 3 hari jugak la aku depressed. Sampai join pesta liar siap ada main api lagi.

yariba yariba pesta api liar @ tasik harapan USM!


Ohoi mengamuk pulak team NRIC nanti aku cakap BBQ suci ni pesta liar. Aku pulak jadi menu BBQ seterusnya nanti, Marinated Liyana Golek. Ahaha!

Ok berbalik kepada printer. Dah 3 hari jugak la aku duduk dalam bilik menuntut ilmu printer. Kao Hengat Senang? Ewah~~ Habis selongkar dalam Google, Youtube segala semata-mata sayangkan PIXMA MP@%* nih. Eh, sori sayang I tak mencarut sebut nama u! Maksud I MP258. Terlajak tekan SHIFT. Sumpah tak tipu!


Nak marah-marah pun tak boleh, sendiri yang print itu ini. So dah sendiri buat, sendiri tanggung la. Kalau tak bertanggungjawab nanti main kelar-kelar pulak printer ni. #peh tak sayang mulut!


Mula-mula macam tak berani jugak nak sentuh. Yela mana reti. Aku dah jahanamkan priter kat rumah kot dulu. Macam kes trauma la ni. Tapi kesempitan hidup memaksa. Kalau hantar repair kena guna duit.Duit JPA aku nak simpan buat kawen. Eh? :3


So aku pun baca la segala jenis kod error, segala komponen printer bagai. Lepas tu bogelkan bukak macam-macam kat printer ni sampai terkena renjatan elektrik secara kecil-kecilan. Pergi kelas menggigil je tangan huhu~


Namun hal itu tak mematahkan semangat desperate nak guna printer aku. Banyak jugak la tisu terkorban buat lap ink sana sini. Prom pram preng dipendekkan cerita, dalam 2 jam lepas aku start repair. Ni last,kalau tak jadi jugak memang aku keluar shopping esok release tension! #alasan~

strip cartridge#1


organ printer #2 *megik tak lighting warna merah?*


Dan...

Hilang segala mesej error di paparan skrin kecil printer. Test print, laju kot. Apa aku dah buat ni? Lebih laju dari mula-mula beli. Erhhh... Mintak-mintak tak termutasi printer ni. Tapi paling best bila guna torchlight LED merah buat suluh masa repair. Rasa macam tengah buat kerja jahat jahanam barang ja :3


Tapi kalau tengok tempat aku, memang macam sedih ja. Charger aku pun rosak, so aku bukak untuk repair. Lepas main repair ikut kata hati, elok la balik. Tapi lepas tu tak reti nak sambung balik antara pin yang cucuk kat plug dengan body charger. Terpaksa la ikat dengan getah. :Sedih:


charger ikat getah. legend kot :3 sila senget 90' kekiri.


Tapi me-repair benda ni memang dari kecik aku praktikkan. Dalam bilik aku ada radio bekas air tangan aku. Sampai tak boleh on dah benda tu aku repair. Kasihan~ Sapa suruh datang dekat dengan aku. Nasib la jadi bahan eksperimen. Ada satu kalkulator abah aku punya, pun dah arwah aku kerjakan. Bangkai dok ada lagi dalam laci meja solek aku. Apa lagi tak taw, sampai abah @ mak aku penah keluarkan statement :


 "Benda apa yang tak rosak kalau dapat kat tangan hang?!"



Well mak, abah, what can I do? I am a physicist's daughter. It is in my blood. Radio kat rumah pun apa abah buat sampai lekat-lekat wayar guna salotape kat dinding?? Jeng jeng jeng~~ #ayat balik mintak penampaq#


Biar barang saya huduh tapi sesungguhnya saya belajar untuk berdikari.


Babai  :3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...