Friday, May 6, 2011

PERASAAN JADI PEREMPUAN

Perasaanku tentang perasaanmu. Kau perasan.

Tetibe kan.


Semalam aku lapar sebab muntah-muntah lepas balik makan. Gastrik sikit sebab tak makan breakfast dan lunch. Malas nak nak pegi makan. Huhu. Ni kalau mak aku taw, dari Penang sampai Johor dengaq mak berleter. Lepas tu pukul 12 lapar sorang-sorang. So untuk menghilangkan rasa kelaparan tahap gaban tu, aku main la macam-macam game online yang wifi USM ni tak sempat blok.

Macam biasa aku suka main WORd games. Wordcross ka, wordsearch ka, word puzzle ka. Ye game budak-budak nerd. Aku tak main DOTA. Ada dalam laptop lagi satu tapi sampai sekarang aku tak reti-reti main. Aku lagi suka baca NOTA dari main DOTA dan statement ini aku BOLD kan. Tak percaya? Aku dah agak~~

Lepas dah tepu otak aku sampai merapu-rapu perkataan English aku reka sendiri, aku nampak ada satu game ni. Girly games. Sebab rasa diri ni agak girly ( ee geli) , aku pun klik la. Fuhh mak aih!! Macam-macam game orang pompuan ada! Kill Your Girl Next Door, Kill Your Ex-Boyfriend's New Girlfriend, Cook Poisonous Food la, macam-macam lagi la. Terbaik la!


Caya ke? Haha! Gila pa nak ada game macam tu. Sebenarnya ada game decorate kuku la, mekap muka la, pilih gaun pengantin la, dress up games la, macam-macam lagi la. Sebab kecik-kecik dulu aku tak main benda-benda macam ni, saje la try main.

First sekali, aku main masak-masak kek.


ni kek vanilla kalau tak silap.

Then, buat pizza..


huduh kot pizza game ni.


Then,nampak game dress up orang nak kawen. Macam best. Aku pun klik la teringin nk main. Kecik-kecik dulu mana aku main macam ni. Sadis betol. Aku main dengan budak-budak lelaki ja selalu. Panjat pokok, masuk hutan carik biji getah, rempit dengan basikal. Ada anak patung, tapi aku korek mata, sumbingkan mulut sebab nak buat macam Child's Play punya watak tu. Sepupu aku semua takut nak tengok. Dowang panggil anak patung hantu.

lebih kurang camni la rupa anak patung baby aku decorate. T~T




Huhu. Macam sadis plak zaman kanak-kanak aku. T~T


So aku pun try la game mengandam orang kawen ni..

amacam? berbakat tak aku  mengandam??




yang ni lagi best .lagi lawa baju-baju dia.


Then lepas tu, aku rasa bosan plak. Asal groom orang ja kena lawa. So my own masterpiece in...





Taraaa!! Pengantin botak baju ahli sihir! Hahahaha!! So, ada sapa-sapa terpikat nak aku tolong andam masa kawen nanti?

Inbox je FB aku.


Nak kaler-kaler kuku pun aku boleh buatkan.

sungguh berseni


Main benda-benda macam ni buat aku rasa cute dan adorable.

Lalalalalalalalalala~~

Thursday, May 5, 2011

KAU TAK SUKA, KAU JANGAN LA BUAT

Pukul 12.15 pagi, aku baru siap kemas meja study, bookshelves dan semua laci dan lain-lain perabot tidak mengandungi pakaian yang sewaktu dengannya. Macam tak pecaya ja barang aku sikit. Mungkin sebab sem lepas mak aku angkut penuh satu kereta Serena dengan barang-barang aku. Mungkin. Mungkin.

Aku ni kalau buat kerja, suka berangan tapi aku tak suka guna perkataan berangan, aku prefer berfikir. Nampak educated sikit. Macam pemikir bangsa pun ada.

Dalam otak aku terfikir satu phrase:


Don't do things to others what you don't want others do to you.
Jangan buat perkara-perkara yang kamu tidak mahu orang lain buat kepada kamu.

Merujuk kepada status Facebook Cik Intan, ayat ni bernama " The Golden Rule of Life". Rasa macam ada sound effect "Aaaaaaaaaa (bunyi bila angel turun) " bila baca ayat ni. 
"Golden Rule"
 
Ayat ni jugak berjaya buat aku jadi serius seketika walaupun sorang-sorang dalam bilik. Fikir punya fikir, aku pun terfikir, apa yang aku fikir?  Eh?

Ok, aku fikir yang ayat ni betul. Haha memang la betul, kalau menipu takde la masuk buku SHE 101 kan. 
 
Ok serious time.
 
It is simple. Kalau kau tak suka satu perkara, please , please jangan buat kat orang lain sebab kalau orang tu buat balik kat kau, sakit hati kan? Memang semua orang tak suka bila orang buat benda yang dia tak suka. Memang la kan dah memang dia tak suka, takkan nak suka kot bila orang buat benda dia tak suka tu. Wuyyo ayat.. Gila punya pompuan. Haha! 

Tapi aku pelik bila orang still suka nak buat perkara yang dia tak suka kat orang lain. This is real,man. Aku tak tipu. First,aku cakap pasal diri aku je la. Aku paling tak suka orang tak punctual, tapi kadang-kadang bila ada sebab tertentu, aku buat orang tunggu jugak. Teruk teruk teruk.  Bak kata Encik Elyas, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita. I suka taw lelaki punctual macam ni. Hehe gedik suda~~~

Aku tak tawu la kan apa yang orang fikir bila suka-suka hati dia buat benda yang dia taw orang tak suka, lagi teruk, yang dia pun tak suka. Lepas tu nak touching-touching bila orang buat balik kat dia. Get real man. Ini hidup, bukan fantasi. Hidup macam roda, kadang-kadang benda yang kita buat kat orang akan berbalik kat kita balik. Bila someone cakap dia tak suka benda macam ni macam ni, respek. Tak cost kau seposen pun kalau kau respek orang lain. Tak turun pun harga minyak RON97 kalau kau buat kepala sendiri tak fikir orang. Toksah nak berangan la. Tetibe kan~

Banyak situasi yang aku nampak sekarang ni yang buat aku fikir ramai sangat yang tak fikir apa orang rasa bila dia buat sesuatu.

1. Kalau member-member, melawak yang tak fikir batas kawan dia terasa ke tak. Tak pun, nak orang ikut cakap dia je. Dia tak fikir pun pendapat orang lain.
 
 
 
2. Dalam relationship
Pasangan kena ikut cakap dia tapi dia tak buat pun apa yang dia nak pasangan dia buat.  Contoh, si pakwe ni tak bagi awek dia keluar dengan mana-mana lelaki walaupun berkumpulan, marah kalau dapat taw awek dia keluar ramai-ramai dengan member-memkber tapi dia berpeluk, berpegang dengan betina lain, takpa plak, dan vice versa. Nak pasangan kau setia, tapi kau tak. What the hal?
 
 
 
3. Si Tak Boleh Ditegur
Bila dia mengata, mengkritik, mengutuk orang takpa tapi bila ada orang lain mengata, mengkritik, mengutuk dia balik, ewah-ewah meletup sakan. Sound-sound orang tu bukan main lagi, macam dia tu tahap nirwana sangat tak boleh ditegur.

 
Pelik kan? Dunia..Dunia..
Just think la yang orang lain pun ada hati perasaan. Orang lain pun boleh touching-touching terasa jugak kalau kau buat dowang sakit, terasa hati. Kalau kau taknak fikir pasal orang pun, fikir pasal diri sendiri la. Kalau kau buat benda orang tak suka, orang tak suka kau. Orang marah-marah, mengata kau. Ingat selamat sangat ke hidup orang dok mengata , marah sana-sini?  Kesiankan diri sendiri je la. Tak susah sangat pun.

Kemon la, kemon. Tolong la start fikir pasal orang lain jugak. This world doesn't revolve around you. Kau bukan hidup kat hutan yang nak pentingkan diri sangat. Call me old-fashioned, I don't care. World change, world becomes cruel but I don't think people should.

Kalau kau rasa sakit hati bila orang buat benda kau tak suka, agak-agak orang lain tak terasa ke kalau kau buat benda yang sama? Cuba kita pegi scan ramai-ramai, aku ada tak organ-organ dalaman yang kau ada? Agak-agak aku ada hati perasaan jugak tak? 
Aku bukan menulis untuk siapa-siapa, aku tulis untuk semua. Sebab aku pun ada jugak perangai macam ni dulu tapi kalau orang keras hati macam aku pun boleh berubah, kau-kau yang lagi baik dari aku mesti boleh punya. Tak susah, fikir je sebelum kau buat sesuatu.
Sama-sama kita berubah. Tak rugi apa-apa pun rasanya. Tegur aku kalau aku pun silap.
 
Dan..

Mana tawu perubahan kau boleh turunkan harga minyak? 
:D
ZzzzZzzzZzzz~~

Tuesday, May 3, 2011

PALSU PALSU PALSU!!

WEY AKU DAH ABEH PAPER!!

Haha  tiba-tiba kan takdak keja. Tapi seriously dah habeh menjalani hidup sebagai pelajar tahun kedua Sains Fizik di USM ni, Cewahh tiba-tiba formal.

Lepas 2 jam membanting tulang kat Dewan Kembara 1 menjawab paper Astronomy, pukul 2.30ptg kalut-kalut sebab tertido, pergi HEP untuk meeting quotation khemah,hadiah semua bagai untuk NRIC. Then 3 jam bertapa kat HEP semata-mata nak tunggu meeting seterusnya pukul 5  yang rupanya BATAL dan tidak dimaklumkan. Sigh~ Penat taw kitorang tengok TV dengan akak kat kaunter depan tu, makan keropok lekor, diskusi "kanser kepala" , gosip rancangan terbaru dengan staf  HEP, sampai  dah buat rumah sendiri dah kat situ. Nasib baik memang muka kami-kami ja dok pegi HEP sampai sekali pandang orang dah tawu, " ni budak NRIC datang ni..". Sabor jelah~

Dalam pukul 7 aku online kat bilik skrol FB atas bawah. Al-kisahnya ternampak la Eina adik Bunyamin Umar player Selangor ( haha gedik kan nak gitaw) post pasal AYAM PALSU.


What?? AYAM PALSU??


Geli aku. Buwekkk!! Tak cukop lagi ka dengan TELUR PALSU yang hangat dipasaran tu?

"telur palsu dalam bulatan.sila berhati-hati." kata pakcik ni.


Aku baca artikel tu, kononnya ayam goreng tapi tikus. Wey,geli kot! Aku taw tu kat negara mana ntah tapi aku geli la,geli! Indon kot kalau tak silap. Sori kalau silap.

dari tikus yang fresh..

dicincang dipotong diproses...

lalu terhasillah tikus goreng seperti ayam goreng. Yummy!!


Oh please..Kemon la,kemon~~

Masih tak cukop lagi ka dengan kebanjiran lelaki palsu dan paling nazak, WANITA PALSU di negara kita ni? Laki pompuan pun aku dah susah nak bezakan , ini kan pulak makanan harian kita ayam pun nak dipalsukan ke? Cukop-cukop la dengan video ratu pompuan palsu suara itik serati "Miss Malaysia" kat Pahang tu nyah~~ Penat mak tao~~ Dan tak cukop lagi ka dengan grup palsu takde identiti Gula-gula dan 27:7 atau nama baru mereka MAX 247??

muka rempit, hati kiut dowh~

wohoo seksi u!! kalau Malaysia kena tsunami,gempa, siap korang aku hentak! Hitler pun da marah tao~~


Banyak sungguh benda-benda palsu kat dunia sekarang ni. Lagi terbaru, gambar kematian Osama yang kononnya palsu jugak. Kewujudan Osama pun palsu katanya.

gambar kematian Osama yang palsu katanya. Wallahualam.


Ntah apa lagi yang palsu pun tak taw la. Susah dah nak cari yang betul-betul original sekarang ni. Hari tu pasal konon "ayah" ntah sape-sape mintak topup RM50. Kat balai polis la apa la. Dah la antar sekaligus kat aku dengan kawan-kawan aku. Amboi-amboi dekat-dekat Hari Ibu ni ramai pulak ye "ayah" tetiba ada hal kat balai polis. Nampak sangat nipunye~~



Yang aku percaya ori pun, Teh  Ais cafe Restu. Yang tu memang ori, halal lagi baik.

Fuhh! Mengancam! Perghhh!!

Takot aku macam-macam dah palsu sekarang ni. Dulu rambut palsu, gigi palsu je selalu dengar pun, sekarang telur dan ayam yang tak innocent tu pun nak dipalsukan. Gosh!


Cukup la aku dah palsukan banyak jawapan a.k.a jawab merapu dalam paper final kali ni. Sobs3~~


Kesimpulannya, hari ni hidup aku memang penuh dengan khabar-khabar palsu..


Aku palsu tak? No la~~ I ori taw~ Pompuan sejati gitu. Cik Rina cakap muka aku pun tak boleh nak menipu ... Kalau bengang. Lalalalalala~~


ZzzzZzzzZzzz~~

Monday, May 2, 2011

NAK MAIN MUZIK!!!

Tengah-tengah scroll atas bawah Facebook tanpa arah tuju yang nyata, jumpak 1 video junior aku share. Video GAMELAN main lagu Besame, Nobody dan Waka-waka. Humang aih! Best gila! Sambil-sambil layan video tu teringat la pulak kan zaman-zaman sekolah dulu~~

Begini ceritanya...

Aku memang dari kecik minat muzik. Turun dari mak abah la kot. Abah cakap dia rockers dulu. Pecaya je lah. Mak memang minor dalam muzik dan memang menari tarian kipas gitu masa remaja dulu. Hot gila babas!

fuuuuuuu!!!

Haha style kan? Keh3~~ So aku syak dari kedua ibu bapa aku ni la turunnya darah seni dalam diri aku ni. Ayat tak menahan~

Masa tadika, aku nyanyi nasyid. Hihihihihi (gelak pemalu). Ingat lagi, mulut merah menyala cikgu tenyeh lipstick sampai keras mulut aku nak menyanyi. Haha! Tekong taw. Sebab dari kecik aku memang muka tak pemalu, takdak stage fright. Hang campak la kat mana pun, tak heran. Dapat mikrofon, aku bantai~!

caya dak dulu aku nasyid macam ni? ayu bai!


Lepas tu masuk sekolah rendah pun sama. Nyanyi nasyid jugak. Still jadi ketua sebab apa aku pun tak taw. Nak kata suara sedap nanti riak pulak. Eh, dah terkata. Lalalalalala~~ Lepas tu  masa darjah 3 dah tak menyanyi nasyid. Bercerita pulak. Ustazah mintak maaf banyak kali kat aku sebab dia tercakap " Liyana mulut becok tak malu depan orang, tu ustazah terpaksa letak dalam bercerita.."  Padahal aku tak rasa apa pun. Dah memang diakui mulut macam mesin gun. Sabor jelah~

Lepas tu tradisi muzik diteruskan dengan kumpulan Genderang. Yuuhuu apekah? Kumpulan ni main muzik. Macam-macam ada~ Dari rekorder ke piano ke xylophone, drum , semua ada. Aku ingat lagi ada senior yang macam tak puas hati sebab aku baru join dah boleh main xxxyyyzzz . Wey aku lupa nama alat tu! Tapi memang senior ja selalu main. Junior-junior awal-awal dapat main rekoder, kayu tiktok ja~ Best part, aku still menyanyi untuk grup tu. LAGU FEVERET: Nora- Desa Tercinta. Keh3~ Sambil menari-nari asyik. Aww~!!
Wey serius rindu gila kot nak main dalam kumpulan Genderang balik! Walaupun budak-budak je, best memory was kami menang pertandingan muzik hape benda tah. Lupa jugak. Sori otak penuh dengan nota-nota astronomy.

Masuk sekolah menengah, aku join pancaragam. Fuh! Tengahari buta berkawad kat padang dengan pantulan cahaya matahari ke muka oleh trumpet tersayang. Aku ingat lagi nombor siri trumpet aku tapi taknak state kat sini. Itu je memori yang tinggal antara aku dan dia. Gediks.

lebih kurang camni arr dulu. Ingat senang nak hafal not muzik sambil menari-nari??


Masa kat Badlishah dulu memang aku aktif muzik jugak. Nasyid pun aku, pancaragam pun aku, grup muzik pun aku, nyanyi solo pun aku, nyanyi tradisional pun join jugak.. Kalau aku hilang takde dalam kelas, satu tempat je nak cari. Bilik kaunseling a.k.a bilik muzik. Siap ada kunci pendua lagi. Haha! Cikgu muzik memang sayang gila kat aku. Hehe mallu~~ :P

dulu tradisional oo..


Paling best was dapat buat performance depan Sultan Kedah. Hari pertama aku jadi pemuzik iringan Sultan Kedah periksa kawalan kehormatan, kawalan sedia! *terikut-ikut* Lepas tu menyanyi masa Sultan sedang bersantap diraja. Kemudian 2nd day menyanyi pulak utk isteri Sultan Kedah masa bagi hadiah. Lepas tu paling best jugak masa menyanyi lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" yang Siti nyanyi tu masa pelancaran Kempen Budi Bahasa peringkat negeri Kedah. :)
Sampai tingkatan 5 , hidup aku menyanyi je. Semua genre dah bantai. Sampai aku tukar sekolah, masa pertandingan nasyid, ada sorang hakim ni cakap, "eh kamu bukan tekong nasyid Badlishah ke dulu? Sekarang sekolah lain pun tekong jugak?" .. Aku sekadar tersipu-sipu malu. Aha!

Masuk USM first year aku join jazz band tapi sebab BZ event universiti, aku drop.

dengan VC dan isteri lepas performance dalam DTSP-konvo 2009

playing trumpet! YMCA !!


To be honest tiba-tiba rindu gila nak main muzik. Gila gila gila gila gila gila kot. Membuak-buak nafsu nak main muzik. Pinano, keyboard, trumpet, organ, xylophone, whatever lah! Asal boleh bedal.

Teringat pulak dulu pernah cakap kat mak nak ambik minor muzik kat USM ni. Mak cite pengalaman mak dulu masa nak ambik minor muzik kt U. Major Matematik. Tiba-tiba minor muzik. Banyak kali mak kena turun naik jumpak dekan sebab nak yakinkan. Siap kena buat surat perjanjian hape ntah lagi. Wow!


Benda yang paling-paling aku rindu is main GAMELAN.





Masalahnya...


Bila masa aku pernah main gamelan ? Ahahahaha! Chow!
ZzzzZzzzZzzz~~

Friday, April 29, 2011

SUMPAH LAKNAT: AKU KONFIUS

Bila paper killers semua dah habis membunuh aku sampai terbunuh berkali-kali, aku rajin-rajinkan diri browse sana sini pasal isu hebat dan sentap semasa. Prince William-Kate kahwin, eksiden sana-sini dan yang paling hot, pasal sumpah laknat Datuk Eskay tentang video seks DSAI.

Aku bukan nak bercakap tentang sapa betul, sapa salah. Sapa dalam video tu, kebenaran 100% bagi aku hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui kerana mulut manusia memang senang berbohong. Akal manusia memang senang mengeksploitasi. Bukan aku nak mengata mana-mana pihak, bukan aku nak menyokong mana-mana pihak sebab aku dah jelek dengan politik. Yang aku nak sentuh adalah dari segi SUKA BERSUMPAH. Sumpah sana, sumpah sini.

I am really sick of it. Sick to death. Kes itu nak bersumpah. Kes ini nak bersumpah. Bila dah nak kantoi sikit, terus berani nak bersumpah dalam masjid, depan mimbar, pegang Quran, depan imam dan sebagainya. Senang sangat nak membuktikan diri tak bersalah, nak menjatuhkan orang.

Aku personally sangat takut bila ada orang-orang yang sangat berani untuk bersumpah dengan Quran dan sebagainya bila timbul kes yang berunsur fitnah. Takut, sangat takut, takut melebihi empunya diri yang sungguh berani untuk bersumpah laknat dan sebagainya. Sumpah boleh memakan diri. Bagi aku bila kau dah bersumpah, segalanya sudah menjadi hitam putih dengan  ALLAH SWT. Manusia sudah tidak boleh menilai. Itu janji kau, pengakuan kau yang kau ikat dengan tuhanmu, agamu, dan nasibmu diakhirat. You personally have sealed your words and promise to your Lord.

Lagi satu tentang attitud orang yang nak bersumpah ni. Bila nak bersumpah, bukan main dicanang satu semesta nak bersumpah tetapi bila tiba hari kejadian, hilang. Alasan? Risaukan keselamatan diri sebab ramai datang melakukan bantahan. Dude, kalau kau yakin kau benar, kau tak perlu takut apa-apa. Kalau kau cukup berani untuk seal your words dengan Yang Maha Berkuasa, kau tak perlu takut dengan ancaman-ancaman kerdil manusia yang lahiriahnya dijadikan dengan adunan yang sama dengan kau. Pepatah kita ada mengatakan, berani kerana benar. Kau patut berani dengan segala ancaman dunia kalau kau memang benar. Kau berani mengikat satu yang janji maha besar dengan ALLAH SWT, nyawa kau dihujung tanduk pun tak perlu kau gerun kerana ALLAH SWT bersama-sama dengan orang yang membawa kebenaran. Mati kau mati membawa satu kebenaran. Tak perlu takut dengan ancaman-ancaman kerdil sebegini. Azab tuhan disana nanti lebih maha berat kepada sang pemain sumpah dan yang cuba menafikan kebenaran. Kalau kau benar-benar berani bersumpah dengan ancaman keliling pinggang, kau hebat! Kau hero bangsa! Tetapi ramai yang gah untuk bersumpah, kecundang dengan ancaman kecil begini. Aku jelek.

Aku pun pelik dengan orang-orang yang menghalang sumpah dilakukan. Berani kerana benar. Kalau kau juga yakin pihak kau tidak bersalah, jangan gentar dengan sumpah sesiapa sahaja boleh lafazkan. Kalau aku, biar. Biarkan si polan-polan itu bersumpah kerana bila dia berani untuk mengikat satu janji dan pengakuan dengan Yang Maha Besar diatas sana, kita manusia makhluk kecil sudah tidak punya kudrat atau kuasa untuk menghalang. Si bersumpah berani. Si bersumpah yakin. Si bersumpah sedang berurusan dengan Dia yang Maha Besar. Kita bantah macam mana pun, untung nasib si sumpah itu bukan dibawah kuasa kita lagi. Kebenaran bukanlah sesuatu yang akan datang bergolek selepas bersumpah atau tidak. Yang benar tetap benar, kita akan ketahui di sana nanti.


Sejujurnya, aku tak pelik bila makin ramai yang berani untuk mengangkat sumpah laknat begini. Aku tak pelik bila makin ramai berani menagih sumpah pihak lawan umpama mereka sekadar berbalas-balas pantun. Dalam Quran dah jelas ALLAH SWT memberikan amaran kepada kita semua dalam surah Al-Qalam yang bermaksud:

Maka janganlah emgkau patuhi orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah). Maka menginginkan agar engkau bersikap lunak maka mereka bersikap lunak pula. Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela yang kian kemari menyebarkan fitnah, yang merintangi segala yang baik, yang melampaui batas dan dosa besar. Yang bertabiat kasar, selain itu juga terkenal kejahatannya. kerana dia kaya dan banyak anak.

( Al-Qalam; 68 : 8-14 )



See? Dalam Quran terang-terangan ALLAH SWT dah mengingatkan kita semua akan ada orang-orang yang suka bersumpah dan suka menghina, dan senang-senang menyebarkan fitnah. Ulamak sendiri sudah berpesan supaya jangan senang-senang bersumpah kerana perkara ini bukan main-main tetapi pahlawan-pahlawan dalam gelanggang bertuhankan kuasa dan duit ini, cakap ulamak boleh cakap je la. Mereka lebih berkuasa sampai terlupa ada yang lagi berkuasa di atas sana tu.

Lagi satu, apa yang aku belajar dulu, kalau kes menuduh zina begini, perlu membawa 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat seorang saksi yang benar. Tak pulak ustaz dan ustazah aku ajar tentang sumpah menuduh zina begini. Hadis Rasulullah SAW pun menuntut bukti dari pendakwa, bukan sumpah laknat bagai~

Sabda Nabi saw , hadis riwayat Ibnu Abbas r.a di dalam Sohihain, Nabi s.a.w bersabda :

"Kalaulah manusia diberi peluang mendakwa (dengan sumpah) pasti akan ada yang mendakwa pertalian darah untuk mendapat harta mereka, akan tetapi (Islam) menuntut bukti dari pendakwa"


Maaf kalau aku salah. Maaf kalau ilmu aku tidak mencukupi dalam hal ini. Aku sekadar bertanya, inginkan kepastian kerana setiap yang dilakukan perlu penjelasan dan aku nak penjelasan tu. Bukan bodoh-bodoh aku nak mempercayai sumpah seseorang kerana bagi aku sumpah bukan penyelesaian yang solid.

Kalaulah dengan bersumpah begini semua bukti tidak lagi diguna pakai, senanglah penjenayah. Bersumpahlah ,maka sucilah mereka-mereka dari kesalahan itu. Senanglah kalau nak mendajalkan orang (maaf bahasa kasar) , kemukakan tuduhan fitnah kemudian bersumpah. Selesai kerja. Bala-bala..

My questions, apa mereka rasa lepas bersumpah begitu? Rasa suci? Rasa terlepas dari kesalahan kerana telah bersumpah? And, sumpah dengan nama agama, Tuhan, anak cucu Rasulullah yang dilakukan oleh seorang yang kita memang sedia tahu tidak mengamalkan nilai-nilai agama dalam kehidupan, bolehkan dipercayai? Aku sekadar bertanya. I am 20 and I need guidance sebab aku dah celaru, konfius dan separa jelek dengan mereka-mereka yang begini. Yang bagi aku menjatuhkan maruah bangsa sendiri dan mengadun hukum mengikut acuan tembolok sendiri.


Dan aku baca tadi, Datuk Eskay dan bersumpah beliau berada di tempat kejadian video itu berlaku. So, polis bolehlah tangkap dan dakwa beliau kerana beliau dah mengaku terlibat.

 Heh.

Aku sekadar menulis apa yang aku nampak. Apa yang aku perhatikan. Apa yang aku rasa. Aku dah jelek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...