Sunday, April 25, 2010

arkib lama-ku

I wrote this not so long time before..fond it in my document.baca je la ye.agree? just smile. =)


Bagaimana pula dengan diri anda sendiri?Mengakulah,anda tidak selesa dengan diri anda sendiri,persekitaran anda dan juga dengan jujurnya,rakan-rakan anda.Bangunlah! Anda tidak perlu menjadi seseorang yang menyenangkan hati semua orang di sekeliling anda.Memang menjadi lilin,menerangi sekeliling dengan mengorbankan diri sendiri adalah satu sifat yang teramat mulia tetapi adakah mengorbankan diri sendiri satu sifat yang baik terhadap diri sendiri? Kadang-kadang rasa macam manusia bodoh pun ada.Perbodohkan diri supaya orang lain rasa gembira,rasa tak terpinggir,rasa dihargai,sedangkan kita terpinggir.Perlukah setiap saat kita menjadi lilin?Perlukah Kita terbakar,terkorban untuk orang yang belum tentu menghargai pengorbanan kita.Pengorbanan yang sia-sia.Memanglah kita menjadi orang yang mulia jika meredhai pengorbanan yang sia-sia tetapi adakah salah untuk kita memikirkan tentang diri sendiri? Pentingkan diri sendirikah jika kita menolak permintaan orang lain kerana kita tahu kita tak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab itu?Kerana kita sudah tahu yang pengorbanan kita itu lambat laun akan menjadi sia-sia.Banyak persoalan yang tak terjawab bila kita memperkatakan tentang sikap menjaga hati semua pihak ini.

-lilac-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...