Monday, May 23, 2011

EUWWW~~~

Sape-sape ada Fb ( sape-sape? memang yang takdak FB tu golongan minoriti lah) , boleh bukak link yang aku post tadi. Pasal  budak UTM mengutuk UiTM. Universiti 2nd class? Hey kejam sangat tu. Baru dok 2nd ranking dah belagak. Cuba usya sikit yang dok ranking atas U kau tu U apa? USM tempat aku menuntut ilmu sekarang  taw. Tengok tak pasal-pasal aku pun sama bongkak sekali.

Tapi publisiti murahan gila-gila la sebab dari berapa kerat ja trafik blog dia, tak sampai sejam dah nak dekat 20 000 readers.  Aku taknak paste link blog dia kat sini. Nanti tak kesucian blog aku penuh link kontroversi.

Bila dah jadi macam ni teringat mak aku pernah cakap dulu bila aku bangkitkan isu bakal menantu kaya:

" Kalau kaya, belajaq tinggi , dok kat U hebat mana pun, kalau tak reti hidup, tak payah. Kalau kaya sebab dok tayang harta mak bapak, tak payah la. Tak payah. Cuba lempaq kat kawasan serba kekurangan, tengok boleh hidup ke tak~"

Bakal menantu mak aku, sila ambik perhatian. Haha!

Sebenarnya bukan pasal ranking Universiti atau ciri-ciri menantu ideal idaman mak aku yang aku nak membebel tapi...



Tadi aku dalam toilet cuci tangan. Ye setiap sejam aku akan cuci tangan walaupun tanpa sebab. Contohilah aku. Lepas tu teringat earphone aku. Aku guna earphone yang sumbat dalam telinga tu. Pengguna Sony Ericsson mesti taw. Tapi aku sambung untuk Nokia. Sedap kalau guna earphone macam ni. Roomate aku sampai kena buzz chat la kat FB or YM sebab panggil aku tak dengar. Ehe.



earphone ni sgt sedap bila sumbat dalam telinga! sumpah kau lupa dunia.


Aku selalu basuh getah penyumbat dia tu. Kebersihan kena jaga. Yela sumbat masuk dalam telinga. tersumbat dengan bakteria, rosak telinga aku nanti. Kadang-kadang aku tukar dengan getah lain sebab dapat getah free warna pink, biru, putih dan kuning. Jangan jeles~

Apa yang Euwww nya?

Tiba-tiba aku terbayang, kalau la kan tiba-tiba earphone tu termasuk dalam mulut korang, camne?


Dari disumbat dalam telinga, termasuk pulak dalam mulut.

Kena pulak selalu kongsi-kongsi earphone dengan orang lain. Bermacam-macam lubang telinga  dia dah sumbat.


Lepas tu  termasuk dalam mulut korang.



Euwwww~!!!



Haha entri jijik pagi-pagi buta. Sori tak bole tido. Hehe.

Sunday, May 22, 2011

KENGERIAN DI MESIN ATM

Pagi-pagi pukul 6 dah terkejut bangun dari tido. Useless punya mesin apa benda ntah kat bawah blok Tekun ni. Bunyi tiap-tiap malam, kuat pulak tuh! Aku tengah mimpi ngeri taw tak?! Mimpi apa yang jadi semalam kat Bank Islam USM. Isk3~~

Semalam lepas round RST aku pergi Bank Islam kat Bakti Permai tu dengan harapan boleh withdraw duit. Asyik makan biskut ja, tak boleh tahan weh. Lapaq! Aku mengalami sindrom kad bank asyik kena reject ja walaupun try dengan bank lain. Sudahlah duit nak habis, kad pulak masalah. Tak understanding betol.

Sampai dekat ATM tu, aku sorang ja. Lega tak payah beratur. Bila turun dari motor, ada sorang lelaki dalam 30an tiba-tiba datang dengan motor, pusing-pusing kat bank tu. Aku buat bodoh je la. Bila dah masuk dalam bank tu, dia parking motor betol-betol belakang motor aku. Aku ingat dia nak ambik duit jugak tapi dia duduk ja atas moto.

Dengan lafaz Bismillah,aku masukkan kad bank. Humang aih! Reject! Aku try lagi dan lagi dan lagi, last-last tu lama gila takdak respond. Aku dah cuak takut kena telan. Lama sangat tunggu mesin tu proses kad, aku pandang-pandang luar. Lelaki tu still ada and the ngeriest (ngeri-est) part is dia tak lepas pandang aku kat dalam bank tu. At first aku fikir maybe kebetulan tapi kali kedua,ketiga pun dia dok tengok lagi. Aku pusing sebelah, mana taw ada Puteri Bunian or anything kat sebelah aku. Yela dah nak malam ,aku pulak sorang masa tu. Takdak apa pun. Lepas tu lelaki tu senyum. Pervert gila senyum! Cuak! Dah la berhelmet. Takkan terpengaruh dengan simbah asid jugak kot. Jangan la dok buat pasal~~

Masa tu aku rasa nak tendang ja mesin ATM tu. Cepat sikit boleh tak?! Aku nak blah ja dari situ. Aku tak kesah sorang-sorang macam tu dengan orang lain tapi bila aku dah kesah, it is something. Tak sempat nak tendang mesin tu, boleh withdraw. Lega baq ang! Tapi aku takot nak keluar. Mana la guard hensem yang selalu jaga ATM ni?? Time ni jugak la dia hilang!

Aku buat-buat check balance pulak. Punggak! Lagi tak senang duduk bila tengok baki akaun sendiri. Aku sangat menggelabah bila akaun aku kurang dari 4 angka. Aaarghhh! Takpa Lin takpa, nanti elaun NRIC masok topup balik money loss tu. Aku pandang luar, tak blah lagi lelaki tu. Senyum lagi. Maki hamun aku dalam hati. Lepas tu tiba-tiba ada orang call dia. Masa dia tengah ralit jawab call aku keluar cepat-cepat keluar. Start motor, dia dengar, terus dia cepat-cepat nak letak fon. Nasib baik la aku naik skuter, guna starter ja. Kalau la motor aku jenis kena guna tendangan kuda baru boleh start, memang naya~

Dan nasib baik jugak aku bukan jenis berhemah sangat bawak motor. Kalau la dah biasa nak pusing motor pun terhegeh-hegeh, memang gelap masa depan la hari tu. Tak sempat dia nak dekat aku dah rempit blah dari situ.


Aku tak taw apa niat lelaki tu tapi memang menakutkan. Sangat-sangat menakutkan okay sampai aku mimpi lagi masa tidur tadi! Kat bank pulak tu. Bukan nak bersangka buruk tapi zaman sekarang ni, memang kena berhati-hati.

Nasib baik tak jadi apa-apa. Pengajaran jugak untuk aku. Kena marah sebab keluar sorang-sorang.Tak boleh selalu keluar sorang-sorang sangat, kena berteman tambah-tambah dekat-dekat nak malam. Aku malas nak mengajak orang sebab kalau boleh buat sendiri kenapa nak menyusahkan orang. Tapi tu lah, benda kalau nak jadi. Pengajaran untuk semua okay!

Berhati-hati di mesin ATM.

Hujan. Camna nak pegi keje ni?

ZzzzZzzzZzzz~~~

DREAM HIGH- TEBIAT

Pagi-pagi dah mesek Amir Loading mengkhabarkan berita gembira:

"Aku dah habes tengok Dream High! "

Sarcastic gila kan. Haha. Aku selalu dapat stok cite Korea tapi tengok tak pernah habis. Tak pernah taw ending cite yang aku tengok. Kali ni stokis aku Amir bagi cite Dream High, dia suruh tengok sampai habis. Siap suruh buat sinopsis. Berpegang pada janji, aku pun tengok la. First episod aku bagi la sinopsis. Lepas tu dah malas. Tak tengok dah. Tapi bosan takdak keja aku sambung tengok balik. Start dari pelakon-pelakon ni menyanyi, aku dah start suka. Jadi tebiat melekat dengan cerita Korea. Seriusly composition music merek sangat bagus !

Dream High



Tengok punya tengok, banyak benda aku belajar dari cerita ni.

First,
Jangan takut nak buru impian. Gila skema ayat kan. Tapi betol. Dari budak kampung yang orang panggil Country Bumpkin, boleh buat konsert dekat Grammy Award. Memang macam tipu kan tapi plot cite tu macam ni.


Secondly,
Pasal cinta-cintun. Kadang-kadang orang yang kita tak sangka nak jatuh cinta tu la kita boleh suka. Episod 15 minit ke 30, aku menangis tengok. Isk3.. Memang tebiat! Sebab?

Budak popuan tu sanggup kurus sebab lelaki tu suruh. Dalam 200hari dia kurus, dan last-last dowang rapat. Budak pompuan tu diinterview dalam TV then ada soalan pasal masa dia gemok dulu. Pengacara tu kenyuk-kenyuk gambar pompuan tu masa gemok.

masa dia gemok dan terabai

lepas tu kurus dan cantik!



Lepas habis rancangan dowang pegi lepak. Pompuan tu cakap, sebab dia cantik sekarang, orang tak suka gambar di gemok dulu dan dia takut nanti dia pun benci diri dia dulu. Tapi rupanya lelaki tu buat wallpaper gambar masa dia still gemok dulu. Oh my! Means he accept,loves her sejak dulu lagi tak kesah rupa dan fizikal.

I'm touch! Sebab macam kisah aku. Isk3..


Third,

A left behind can be a monster inside. Ini dari watak utama cerita ni. Dari seorang yang hanya tawu follow orang lain, lepas dia dihina oleh orang yang dia follow dan sayang sangat-sangat, dia usaha nak balas dendam dengan kejayaan dia. Walaupun bagus,persaingan yang sihat tapi sebenarnya dah mencipta seorang monster kat dalam diri dia. Dari seorang yang cumil, innocent dan lurus, she became a monster. Pendengki, pendendam dan sebagainya. Kasihan sebab dia cuba bangun tapi bangunnya dengan jalan yang salah. Dia berjaya tapi dia hilang kawan. Yang menghina pulak jatuh tapi cuba bangun balik dan berubah jadi baik. Nice moral here.

Fourth,

Kebenaran memang takkan berdiam diri. Sorang lelaki tu berkorban maruah dia untuk tolong sahabat sendiri sampai seumur hidup dihina orang tapi lama-lama kebenaran sampai jugak. Sedih sedih tapi itulah, pengajaran sungguh.


Fifth,

Cite ni buat aku rindu kat muzik. I realised i lost something in my soul- MUSIC. Dari kecik aku membesar dengan muzik, tiba-tiba hilang macam tu ja. Dah tak menyanyi, dah tak menari, dah tak main alat muzik. Menyanyi,menari memang patut aku tinggal tapi seriously bukan senang nak tinggal benda yang kita dah buat sangat lama. So dengar lagu-lagu je lah untuk isi kesunyian. Cewahh hahaha tak sangka aku buat ayat macam ni :P
Dengar lagu-lagu dalam cite ni memang best and berangan jugak teringat zaman dulu-dulu. Hehe..


Kesimpulannya, tebiat betol aku tengok sampai habis. Hehe. And, ntahlah aku sangat suka pengajaran dalam cite ni.

Senyum sorang-sorang kejap. :P


notakuliah: Lega sebab semua benda dah setel. Translated quote "Manusia akan bangun bela diri walaupun tak dinyatakan itu dia. Gunakan sifat ini untuk cari punca"  memang berkesan. Drama dan drama sampai dapat cerita betol. Tapi sayangnya ramai terkorban. Thats why aku suka novel English klasik. Terima kasih Tuhan :)

Friday, May 20, 2011

ARNAB ZOMBIE

*Tengah kutip jantung yang baru luruh tadi*

Propa sangat kan. Aku kan, sangat takut dengan patung arnab. Sangat-sangat takut. Yang kiut pun aku boleh imagine jadi benda lain.


Motif nak takot?


Sebab fobia. Dulu masa sekolah menengah, lower form, tengah tunggu bas aku suka beli buku Utopia. Masa tahun 2003, 2004, memang banyak cite hantu, cite seram dalam majalah tu. Memang feveret aku la. Dalam satu keluaran tu ada satu cite pasal sorang lelaki ni kematian anak. Sebab tak boleh terima takdir, dia kidnap sorang budak lelaki ni then jahit kepala patung arnab kat kepala budak tu. Ni pun direfresh oleh encik Suhaimi Shahrin a.k.a Non$en$e yang ada komik tu. Uhh jeles!

Aku tak taw pasai pa aku obses gila dengan cerita tu sampai aku lukis besar-besar mayat budak berkepala arnab tu. Aku simpan elok-elok tapi lepas tu kena buang sebab aku takut nanti otak tak betol aku ni jadi lain sebab picture tu. Dari suka aku jadi fobia. Sat aku lukis balik sikit-sikit gambar aku pernah lukis dulu. Dah tak berapa ingat.

*

*

*

Tak jadik lukis lah. Takot. Huhu. So aku Google gambar zombie rabbit. Ni gambar-gambar yang aku edit dan compile.


yang ni paling takut!



huhu

zombie rabbit yang femes. eei !

Ada satu movie aku pernah tengok. Donnie Darko. Sangat best sampai aku pernah jatuh cinta dengan Jack Gyllenhaal tapi aku lupakan cinta aku kat dia sebab aku fail sebut nama dia. Huhu.

alolo tomei tomei.hik3 :D

Dalam movie ni, si Donnie ada imaginary friend berupa arnab. Huhu. Spoil betol la elok-elok Jack berlakon, boleh pulak letak sekor arnab psiko tu. Ganggu emosi aku.

menatang tu! huh!


Fuhh!! Berapa kali aku kutip jantung yang luruh pun tak taw la sebab tengok gambar-gambar arnab macam ni. Huhu. Siyes aku takot.

Mana roomate aku ni tak balik-balik lagi.

Huhu..

Enhanced by Zemanta

Thursday, May 19, 2011

AMMAR DAN TIZ ZAQYAH- NRIC KASIH THE MOVIE

* Entri ini ditulis dengan penuh keterpaksaan*

Ahahaha! Ammar yang suruh! < Klik nama beliau untuk tengok wajah sebenar si Ammar tu>

Aku tak taw apa nak tulis sebab dia suruh tulis pasal Tiz Zaqyah, heroin cite Nur Kasih tu.



Aku ni cite Nur Kasih pun tak tengok. Movie dia pun tak tengok. Bila aku google Tiz Zaqyah, adeh... Ini yang keluar -,-'


orang kita google benda ni ja ka? parah parah..












Damn it aku nak tulis pasal apa ni? Tiz Zaqyah pun aku tak kenal sangat. Tengok dia berlakon pun tak pernah. Yang aku taw dia sangat la cantik, putih gebu, dan diminati jejaka-jejaka bermata belalang diluar sana. Ammar, aku tak kata hang gatai na. Eh, aku pun mata belalang *Kamen Rider* !


Apa lagi nak tulis ni. Aku pernah baca satu gosip yang orang dok mengata dalam cite Nur Kasih bukan main sopan tapi kat luar sebaliknya. Maaf aku tak tawu apa-apa pasal ni. Ini yang aku dapat dari blog gosip artis yang femes-femes. See Ammar, demi hang aku buang tebiat baca blog gosip artis! Halalkan jela duit minyak motor semalam tu? Ahaha! Gurau-gurau ja..


Ammar cakap dia bukan nak isteri perangai macam Tiz tapi macam Nur yang dalam cite Nur Kasih tu. Aku tak tawu Nur tu macam mana perangai dia tapi dengar-dengar,sangat baik dan tabah walaupun suami dia buat macam-macam. Oh, serius sangat baik. Tapi kata Ammar, dapat muka macam Tiz lagi bagus. So memang gatal la. Aha!

Ermmm...


Apa lagi aku nak tulis ni? Ammar apa yang hang nak aku tulis sebenarnya???


Eh bateri nak habis. Tak caye tengok print screen google nama Tiz tu. Hujung-hujung nyawa dah bateri ni.


ZzzzZzzzZzzz~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...