Monday, July 25, 2011

USM: WE ARE STUDENTS , NOT RETIS~

Salam. First thing, first trial buat kari ikan masin menjadi. Hoyeah!! Seumur hidup aku masak ni first time mak request suruh masak kari ikan masin. Susah la jugak nak balance kemasinan ikan dengan kuah sebab aku tak taw ikan tu masin tahap mana tapi menjadi jugak. Alhamdulillah :D *girang gemilang rasanya*


Ok main point aku nak menaip ni sebab semalam terbaca satu blog yang suwit suwit yang makin famous sekarang, terutama dalam kalangan kami student USM. Bukan sebab blog tu bagi tips macam mana nak skor tinggi walaupun study macam nak muntah, tapi dia kutuk-mengutuk universiti tersayang ni. Eh eh, sedap mulut je ye kak mengata, cili mulut tu kang~ Haha rilek rilek jangan melenting. Ingat pesan bos, jangan ikut emosi :P


Masa aku baca macam nak menyirap la jugak tengok dia kutuk-kutuk itu ini siap letak nama si tertuduh sekali. Uih, berani gila. Aku kalau tak puas hati macam mana pun, aku tak sanggup nak letak nama. You memang Iron Lady dengan ayat-ayat yang pedas bedengung bak kata orang utara.


Aku baca-baca yang post-post kat FB memang ramai la marah dan benci gila kat minah ni sebab kutuk U kesayangan kami ni sampai guna bahasa kasar. Bagi aku tak perlu kita nak kutuk dia balik sebab kan orang selalu kata, jangan balas. Tunjukkan yang kita matang, ada class. Biasa la orang ada pengalaman~ Lalalala~


For me, si lovey lovey ni *sebab blog nama dia dgn bf* terlalu ikutkan emosi. Pompuan kan, susah nak kawal emosi sebab memang semulajadi penuh dengan emosi. Bahaya tuh sebab aku pun pernah jugak ikut emosi tapi last-last aku rasa macam bodoh je buat macam tu. Pegi lantak la apa orang nak kata pun, you still got what's yours, isn't it?


Minah lovey lovey ni punya silap adalah dia masukkan sekali nama U dia, tak pasal-pasal dah jadi duta kecil tak berbayar.  Dia kata budak USM tu teruk la apa la tapi dia pun sama post marah-marah maki hamun kutuk-kutuk, dalam masa yang sama dia jugak dah tunjukkan student U dia tu pun sama ja melongkang mulut. Jeng jeng jeng~  Know what, kadang-kadang orang cuma provok saja nak cucuk-cucuk ja dengan statement yang sangat general tapi bila kita tak dapat kawal emosi, ha ambik la kita pulak yang bertindak lagi teruk sampai keluar post macam ni kutuk terang-terang siap dengan kononnya bukti itu ini. Tak pun kau ingatkan bila post gitu ramai la benci Cik A tu tapi mesti kecewa gila kan bila ramai backup dia and end up kau pulak kena kutuk balik. Don't forget that people choose side. I experienced that miss. I thought everyone will hate me but lain pulak jadi bila orang start comfort me and bukak cerita pasal macam-macam pihak lain. Aku baca komen-komen kat blog kau tadi pun ada yang bukak cite keburukan kawan-kawan kau kan?  Tak pasal-pasal nama U kau yang buruk kan? Nasib baik cuti 4 bulan,sempat kot orang lupa :P



Dia kata tu blog dia, dia ada hak nak tulis apa pun. Ya once upon a time, I think like that too. Sebagai seorang yang tak reti cerita masalah dan sedih kat orang, everything is spilled dalam blog but blog is not private. Semua boleh baca. Dan sebab semua orang dah baca, kau dah hot macam ni kan? Suka lettew sekarang dah hot~ Apa aku merapu nih =,='


Maka dengan ini, diharapkan puak-puak USM tak start perang benci U lain sebab kita cool :P
Kan ke bila orang kata macam-macam,jangan emosi tapi kita nasihat balik~~ Kan~~
Biasa la bila ada kat atas ni orang memang aim lebih sikit. Buat apa pun orang pandang, orang nilai. Dan biasalah kalau ada kat puncak atau APEX, kena berdiri betol-betol sebab kurang kestabilan. Kalau tak jatuh sebab orang tuju batu, kita boleh jatuh sendiri sebab leka berada diatas..


Dan ini jugak sebagai peringatan kepada kita semua terutama student USM, behave walau kat mana pun berada. Dan kepada yang lain-lain jugak, please la kami student USM pun siswa-siswi biasa jugak. Kalau sakit perut kami pegi toilet jugak macam orang lain, nothing special sebagai manusia. Cuma status universiti ja. Rilek kami tak selamanya stay kat USM ni.


We are USM's students, not #retis *tetibe*


Lagi satu jangan la sebab kita punya masalah, nak heret dengan anak-anak sekali. Mana taw anak kau nanti teringin nak masuk USM, tak memasal je masa depan anak kau suram sebab dendam kau kat USM tu. Rilek Mama, saje gurau-gurau. Wah baguslah dia siap fikir masa depan anak lagi nak masuk U mana, jangan masuk U mana :P  Tapi rasanya ramai dah sama-sama turut berdoa anak cucu kau tak masuk USM jugak. OMG~~ Aku tak doa,lalalala~ Tapi kalau la rezeki anak kau masuk USM, jangan menyesal kalau anak kau kena penderaan emosi orang panggil " eh eh anak Mama~" :P


Hey masuk USM banyak dapat t-shirt free taw.


Maaf maaf. Tergedik pulak.


Sudah-sudah. Cakap la apa pun pasal USM, aku tak kesah. Kalau aku kesah pun macam la boleh keluar pegi U lain. Susah buruk busuk macam mana pun, aku nak satu semesta tawu yang aku tetap bangga jadi student USM.


Macam la satu semesta baca blog aku kan. Hahahaha! Ok bye.

Friday, July 22, 2011

BENDA APA TU?

As-salam. Sementara tunggu dok upload gambar dengan abang-abang askar UPNM, rasa gatal pulak nak kongsi pengalaman semalam, Tragedi Oktober Bukan di bulan Oktober.

Semalam mak and adik-adik aku pegi sekolah jenguk-jenguk budak-budak camping KRS. Adik pompuan aku pulak Ketua Puteri UMNO KRS sekolah,so dengan dia sekali hilang dari rumah ends up aku solo meow dengan kucing-kucing. Mak ajak jugak tapi apakan daya, tarikan cerita Man Laksa lagi hebat dari kanak-kanak KRS tu.

Dalam pukul 12am, tiba-tiba tekak meronta-ronta minta dicurahkan air so dengan muka takdak perasaan *macam biasa* aku pegi la dapur. Dapur rumah aku ada 2, dry kitchen and wet kitchen. Sendiri taw la kan dry and wet tu apa beza dia. Wet kitchen aku kat luar, means kawasan tambahan kat tepi rumah. Simple je and boleh nampak kawasan luar dari jaring-jaring tingkap. Peti ais aku mengadap wet kitchen, means memang aku nampak la kawasan luar rumah. Biasa la mata aku memang kuat melilau tengok merata,tengah-tengah minum aku nampak something kat wet kitchen.

Something tu berlari-lari kat wet kitchen aku.

Macam orang tapi body tak rigid, tak solid. Macam cahaya hitam berbentuk seorang lelaki.

Lepas tu dia lari tembus dinding bilik tepi wet kitchen.


Aku terkejut masa nampak tu and keluar tengok, nothing there. Not even a trace. Yela benda tu lantai pun tak jejak nak tinggal kesan apa nya =,='


Aku buat bodo jela, sambung tengok TV. Tapi still tak puas hati, aku pegi tengok buat kali kedua. Still nothing. Tengok TV balik. Kali ketiga aku nak pegi tengok, tetiba lampu dapur kelip-kelip bunyi-bunyi macam nak terbakar. Hampeh betol, potong mood berani aku!!


Tiba-tiba anjing kat rumah-rumah Chinese belakang rumah aku menyalak gile ahh. Aku keluar rumah, tengok anjing-anjing tu menyalak kat tiang kalau tak silap sambil undur belakang. Tiang tu memang sebaris dengan wet kitchen rumah aku. Lepas tu kejar sampai longkang besar tepi sekolah belakang rumah aku. Tapi aku nampak macm anjing tu kejar angin jela, tak nampak apa-apa. Sambil-sambil tengok tu aku texting dengan Mr Elyas, report kejadian tu. Terus dia suruh aku masuk rumah, duduk dalam bilik diam-diam. Yela yela~~~~~


Begitulah flashback saya.


Jeng jeng jeng~ Aku dok fikir jugak apa benda tu. Rasanya yang anjing tu kejar tu maybe benda tu kot berlari ke padang sekolah. Padang sekolah belakang rumah aku ni arwah Tok aku cite dulu kawasan askar Jepun kawat. Kadang-kadang kalau nasib baik, boleh  nampak macam ada orang kawat kat situ. Takdak kepala la, terapung la apa la, tapi pakai pakaian askar Jepun. Macam-macam lagi la cerita aku kumpul dari orang-orang kampung.


Sebelum tidur semalam aku fikir-fikir sambil main teka silangkata, teringat teori Keabadian Tenaga dalam Fizik. Conservation of Energy. Tenaga tidak boleh dihapuskan tetapi boleh berubah kepada bentuk tenaga yang lain. So bila tak boleh terhapus, maknanya tenaga tu tetap akan ada, just tunggu masa yang bertepatan, tenaga tu akan muncul kembali. To be more precise, bila keadaan sekeliling seperti suhu, kelembapan udara dll adalah sama dengan keadaan masa sesuatu kejadian berlaku, tak mustahil tenaga kejadian tu boleh berlaku lagi sekali. Maknanya dulu ada orang lari-lari kat kawasan rumah aku ni dan semalam, kedaan sekeliling menyerupai keadaan itu, maka aktiviti kejar-mengejar itu berlaku lagi sekali. Apa aku merepek ni? Huhu~


Tak sia-sia jugak aku belajar Fizik sampai level Degree ni. Walaupun terketar-ketar nak apply apa yang aku belajar dalam exam paper, tapi boleh merapu tenangkan hati konon-konon explain kejadian semalam tu, pun boleh la~~~


Aku pun tinggal kat kampung, belakang tu pulak hutan. Aku pulak selalu masuk dalam hutan tu cari macam-macam. Dia ikut aku balik ke? Huh,merapu ahh! Biasa la tu, apa ntah orang cakap tu, dia tumpang lalu~


Nasib baik la kan aku tak tertarik masuk dalam dimensi benda tu, kalau tak mesti experience relativity antara dua dimensi pulak kan. Wow!


Gile. Babai~

Thursday, July 21, 2011

MAK, AMPUNKAN SAYA

As-salam. Mood masih lagi emo dengan gol hampeh Chelsea vs Malaysia tadi. Sumpah tak puas hati gila. Aaarghh macam nk gigit-gigit ja telinga Drogba tu tapi pikir balik, errr.. Geli aku nak gigit Drogba tu. Entah sampai ke tidak ketinggian aku dengan telinga Drogba tu =,='

Lepas game pegi dapur buat salad. Emo-emo ni memang lapar sikit. Mak buat steamboat tapi malas ahh nak makan, diet *konon*

Salad aku simple ja. Salad hijau dengan sayur purple yang aku lansung tak tawu nama, tawu makan ja. Beli salad dressing baru so nak testing-testing la. Aku cari Two Thousand Island satu Tesco tak jumpak. Kecewa betol.

Dah siap aku nak la buat adegan suap-menyuap dengan mak aku yang tengah khusyuk buat apa ntah kat meja dia. Nak bagi mak aku test rasa salad tu sedap ke tidak sebab mak aku ja Taste Police yang aku percaya. Dari dapur aku panggil tak berjawab. Berjalan dekat pun tak berjawab jugak. Toleh belakang pun tidak!  Mula la nak fikir bukan-bukan.


Mak aku marah sangat ke aku pandai-pandai tambah air dalam kuah pati ikan bilis tadi tu?


Mak aku marah ke aku bising-bising kutuk Drogba tengok bola tadi? Setahu aku mak takde pulak declare minat Chelsea.

Ke mak marah sebab ada sebab yang aku tak tawu apa sebab kepada sebab itu??



Huh!



Ampun mak,lepas ni tak buat lagi!! Janji lepas ni tak bising-bising dah, tak pakai main tarik pakai tudung mak dah, tak berleter kat mak dah bila kena susun koleksi handbag,kasut,tudung dan baju mak, dan tak bantah dah kalau mak nak shoping satu treler pun!

Sob sob sob~~


Bila dah dekat dengan mak aku, aku memang menyesal gila berdrama persis anak derhaka tadi.


Ingatkan mak marah, rupanya khusyuk main Angry Bird.


!@#$%^&*()_"_().


Sekian, babai dan selamat malam.

Saturday, July 16, 2011

YOU BITCH

 You BITCH !!

DAMN! FILTHY WHORE! FUCK! 


Selalu aku nampak orang tulis macam ni kat status Facebook atau Tweeter kalau marah-marah. Dari apa yang aku nampak, macam dah biasa ja kalau tulis dan baca perkataan carut-marut macam ni.


Saja terfikir, cuba kalau someone tulis:

Kau  ANJING BETINA!

SIALAN! PEREMPUAN SUNDAL! bla3~~


Dang!! Komform la kena kutuk, marah dan akan dikuliahkan secara percuma sebab mencarut tak tentu hala. Silap-silap boleh kumpul fan anti kat Facebook padahal itu cuma carut-carut yang sama dalam Bahasa Inggeris tetapi aku Melayukan. Maksud tetap sama. Perkataan Fuck je aku tak Melayukan, macam teruk sangat je nak tulis. Mallu~~ *yang lain tu tak malu pulak kan =.=' *


Apa ini? Double standard bahasa atau kita sendiri yang tak faham apa yang kita selalu tulis. Bangga sangat dapat mencarut dalam Bahasa Inggeris? Entahlah. Aku saja ja terfikir. Haha maaf maaf maaf.  Entri kali ini penuh dengan perkataan-perkataan yang teruk. Habis tak suci blog aku huhu.


Sebelum buku amal aku ditutup, aku nak pesan, tak payah la nak mencarut-carut macam ni kat Facebook tu. Aku pun rasanya pernah tulis benda-benda macam ni tapi bila fikir-fikir balik, tak kool pun. Aku membesar dengan pakcik-pakcik yang memang semuanya English tahap dewa dan novel-novel yang aku selalu dapat dari dowang pun memang pikir sendiri la macam mana English dia punya kotor.So compared to apa yang selalu ditulis tu, memang biasa-biasa je lah. Tak impress pun. Apa aku merepek ni =.='




Malaysia lawan Liverpool 3-6. Walaupun kalah aku tetap bangga dengan Malaysia Xi kerana mereka anak-anak Malaysia yang memperjuangkan nama negara.

Oh Safee Sali~ :P

Heww, bosan pulak bila adik-adik dah tido :(

Friday, July 15, 2011

YUCKS! MEMANG MENGGELIKAN~

Yucks! Euww!

Antara perkataan-perkataan yang menggambarkan kegelian melampau. Sebelum ni tak sangat pun, aku suka saja-saja sebut tapi memandangkan efeknya melampau dan memberikan kesan kepada masyarakat, kita praktikkan kepada kegelian. 

Tadi semangat membara nak tengok Alien Vs Predator lepas habeh layan Gremlins I dan Gremlins II sampai aku terlupa ada konsert band SMK Sultan Badlishah. Rasa terkilan jugak tak dapat pegi sebab cikgu aku yang jemput. Batch aku first batch pancaragam sekolah tu, kita otai la ni haha!



Aku tak taw kenapa AVP tiba-tiba jadi bosan ya'amat tadi. Tak cukup thrill walaupun adik aku tutup-tutup mata jugak.  Tak taw apa yang kurang. Last-last aku ambik movie lama-lama yang beli masa matrik dulu. Introducing, BORDERLAND~


BORDERLAND everyone!



First of all, aku nak nasihatkan korang-korang yang lemah semangat, tak suka keganasan,ibu-ibu mengandung, dan yang tak berapa jiwa jantan dan cintakan cerita bunga-bungaan, jangan tengok. Movie ni release masa Horrorfest 2007, tempat-tempat cite seram segala berkumpul. Aku beli CD ni masa masuk 1 kedai jual CD yang agak epik dari pandangan mata aku.Memang macam memanggil-manggil aku ja kedai tu.Movie-movie yang dijual memang semua tak pernah masuk wayang, termasuk Borderland. Siap ada label memang takkan tayang kat pawagam. Tertarik dengan cover dia,aku pun beli dengan lagi 3 movies yang sama horror jugak. Balik tengok dengan roomie,perghh memang class! Tutup mata, ada yang muntah dan tak sanggup tengok sampai habis. At the end, aku sorang ja survive~~



Taknak cite pasal plot, pegi tengok sendiri tapi ada part-part yang best. Ni cite betol woo,memang jadi kat sempadan Mexico-Amerika. Satu group yang puja makhluk nama Nganga, dowang sacrifice human untuk mintak tolong seludup dadah masok Amerika. Sangat klasik,kan?Demi dadah~ Satu group kanak-kanak universiti yang tengah cuti, plan nak cross border pegi Mexico untuk ber-enjoy tapi lain pulak jadinya bila termasuk perangkap pemuja-pemuja setan ni. Antara scene-scene yang memang aku pun ada sikit-sikit nak tutup mata are gigit lidah dari mulut ke mulut untuk serahkan lidah tu kat Nganga *yucks!* , potong kepala gadis tu then ganti dengan kepala kambing, dan dan dan.. Eeerhhhh.. Panas berderau darah aku kalau teringat. Setiap ritual memang boleh pecah kepala kalau iman tak kuat. Aku beli yang uncut version, memang kaw-kaw la. Potong kepala real, sula, potong anggota badan lain, bakar, korek keluar bijik mata, urat perut semua ada. Cerita ni jugak buat aku fikir banyak-banyak kali kalau nak honeymoon kat Amerika Latin T~T



Dari apa yang aku search, ni based on cerita betol. Oh my, memang tak pegi Mexico dah! Mangsa yang terselamat yang cerita balik. Sangat lah kejam sebab pemuja-pemuja setan tu tembak kaki dan buka mata saksi tu supaya tak terlepas lansung dari tengok kawan sendiri kena seksa . Fuhhh.. Dan ending dia cerita la fakta-fakta kejadian ni. Memang kat satu kawasan tu polis jumpa gruesome remnants of human remains, mostly takdak tulang belakang dan spinal cord kalau tak silap. Dah kena sedut. Ntah, spinal cord la kot, aku pun lupa.


Labelled as 8 Films To Die For, filem ni memang layak dilabel macam tu. Aku memang dari kecik suka tengok benda-benda violence macam ni tapi yang ni memang berjaya bangkitkan rasa geli aku . Zev Berman, kau memang berjaya menggelikan aku. Lagi satu movie is Mother of Tears- The Third Mother. Sama level ja dengan movie ni.



Walaupun aku minat cerita ritual-ritual macam ni, jiwa aku jiwa wanita lagi. Bak kata mak, belajar macam mana nak jadi isteri orang walau peel macam jantan . Eh mak, lain macam ja bunyi? :P


Papepun, try la tengok movie ni  :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...