Monday, July 11, 2011

SUDAH ZALIMI SAL

Tajuk macam filem terbaru kat pawagam ja namun begitu post ini bukanlah sambungan filem Aduh Saleha! yang tak keluar-keluar sampai sekarang ni. Post ini juga bukan punca utama kenapa Saleha dizalimi sehingga berkata "Aduh!" seperti filemnya itu.

Apakah sebenarnya Sudah Zalimi Saleha ini?

SUDAH ZALIMI SALEHA merupakan kombinasi nama beberapa gadis yang saya kenali semasa terlibat dengan NRIC2011 iaitu:


Su+Odah  Zali+Mimi  Salamiah+ Fareha ataupun nama sebenar mereka:


Suhaila Salleh, Raudzah Shahruddin, Zalikha Hajar, Syamimi Rusman, Salamiah Sabri, dan Fareha Razali.


Hahahaha! Tiba-tiba nak tergelak besar baca tajuk entri aku ni hasil gabungan nama-nama pompuan-pompuan ni. Minumlah Horlicks selalu,komform kepala otak genius macam ni! :P


Taknak cite panjang, aku kenal mereka-mereka ni dalam NRIC2011. Mula-mula dulu macam jarang nampak muka masa meeting (atau aku yang rabun jarang pakai spek pegi meeting). Tapi bila fasa 2 NRIC2011 bermula, aku mula rapat dengan mereka-mereka ni tanpa disedari.

Start dengan Suhaila a.k.a Su a.k.a Popia Basah weewee (Odah yang ajar)

Aku start rapat masa pergi Putrajaya sekali untuk promote USM dan NRIC2011 kat Himpunan Sejuta Belia tu. Sebilik kat asrama USIM, seat sebelah dalam bas, dan macam-macam lagi buat kami makin rapat. Oh indahnya~ Err, apa aku tulis ni? @~@
Si Suhaila bagi aku sorang gadis yang lemah lembut (tangan di bahu, lidak jelir sambil buat mata juling), suka senyum dan bermata besar haha :P  Dulu sebelum kenal rapat aku selalu tengok mata dia. Besar gila anak mata,rupanya contact lens Korea (sori terbocor rahsia). Selalu nampak dia baca novel. Mulut? Boleh tahan longkang dan merupakan Gadis Kasino terhebat yang aku pernah jumpa. Dan lagi tak boleh blah, dia lagi tua dari aku. Aarghhh AKAK SU rupanya! Mallu ADIK LIN taw  #_#


 Raudzah Shahrudin a.k.a Odah a.k.a Pau Daging

Apa nak tulis tak taw. Teman seperlongkangan aku yang paling longkang. Malas ahh nak cakap banyak. Memang longkang. Haha longkang :P

Ok ok serius. Odah aku kenal masa NRIC2011. Yela berapa kali nak cakap kan =,='
Aku suka cara dia cakap sebab sangat longkang. Longkang lagi haha! Gila-gila, jenis tak kesah apa-apa dan bekas suami TP3 NRIC 2012. Eh lupa, Odah jugak Bendahari NRIC 2012 so sapa-sapayang faham maksud aku,boleh la berbaik-baik dengan Odah ni ya.
Bergaul dengan Odah ni senang. Jujur ja. Apa dia nak cakap,dia cakap. Takdak nak simpan-simpan so senang, aku pun takdak nak hard feeling apa-apa.Tapi kalau jenis hati lembut nak orang cakap baik-baik ja, kirim salam jela.Haha. Walaupun Odah gila begini,kerja tetap bagus masa NRIC hari tu. Kenangan termanis: sama-sama mengadap Papa Nazru kat HEP dan print abstracts tanpa sebab =,='


Zalikha Hajar a.k.a Zali

Zali~~ Aku suka panggil dia tanpa sebab, sebab dia ni Bidadari. Mana taw dapat aura bidadari dia sama kalau selalu pandang muka haha!
Seorang yang sangat sweet. Serius tak tipu. Sweet sangat and cute gila perwatakan dia walaupun perasan bidadari dari syurga :P
Start kenal masa lepak-lepak bilik Su dan Odah malam sebelum dowang pegi Pimpin Siswa Lanjutan fasa 1, aku suka tengok si Zali ni senyum. Err,lagi sekali apa aku tulis ni @~@
Cara dia cakap sangat sweet (sweet lagi) dan penuh dengan aura keperasanan melampau tetapi masih boleh diterima masayarakat sebagai gurauan. Su cakap Zali ni sensitip. Waa tak sangka haha! Kecik molek dan penuh dengan idea untuk mengorat Ucop. Oppss! Tersasul~


Syamimi Rusman a.k.a Mimi

Ni minah perasan. First dia mesej aku tanya pasal publication,kemudian bila aku tanya sapa, dia balas "Mimi comel" =,='
Muka memang muka baik gila macam gadis ayu. Serius tak tipu kalau aku tak taw perangai sebenar dia, aku memang ingat dia jenis sopan santun, cakap lembut-lembut baik-baik. Bila dah kenal, aarghhh aku tertipu!
Si Mimi ni jenis blur. Aku ingat lagi masa jalan-jalan nak pegi bus stop nak tengok wayang dengan dowang-dowang ni, Mimi la yang paling blur dan selalu terkena dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun begitu dia tetap sabar dan tabah sebab dia tawu dia memang blur. Haha! :P
Ada skandal tapi sampai sekarang aku tak tawu dan tak dapat lagi cerita full cover yang sebenar. Geram geram geram!
Eh lupa lagi satu, sangat tak bernasib baik dalam permainan UNO. Lalalalala~


Salamiah Sabri a.k.a Sal

Ni yang paling kecik. Hehe. Tapi yang ni la yang paling garang antara semua-semua ni. Nampak ja kecik tapi garang mak oii! Akak Logistik jaga bilik dan pengangkutan NRIC, senyap ja buat kerja. Muka memang tak reti nak tipu. Kalau tension, memang nampak sangat muka dia tension hehe. Kalau marah, lagi la nampak dia marah dengan gaya dia sekali :P
Sekretariat NRIC yang ppertama sekali jadi mangsa aku hack Facebook. Hehe. Tu la sapa suruh tak logout dari laptop Su,kan dah jadi mangsa. Jenuh aku tahan gelak masa dia cari kat setiap laptop dalam bilik gerakan sapa hack FB dia. Nasib la Sal oii,haha!
Aku memang paling suka cara budak ni buat kerja. Dia buat kerja banyak tapi senyap ja. Kerja pun cepat tapi tak banyak merungut. Nice~
Dan selalu kena tackle dengan Ammar yang galok tu =,='


Fareha Razali a.k.a Effa

Effa ni aku kenal masa CONVEX tahun lepas tapi tak rapat sangat. Masa dia join NRIC, aku ingat Effa ni jenis pendiam, garang dan belagak sebab kalau aku lepak-lepak dalam bilik gerakan, jarang la nak tegur-menegur. Tapi dah kenal, menggelabah rupanya dia ni hehe.
Budak publisiti, dia jenis buat kerja senyap-senyap jugak. Selalu aku nampak dia dalam bilik gerakan ambik surat la buat kerja la. Dna selalu jadi posmen NRIC sebab selalu tolong ambik surat dari PUMA.
Cantik molek, kawan rapat member aku Megat Azlan. Kalau main UNO, memang terserlah la ke'menggelabahan' dia ni haha!
Lagi satu aku suka dengar dia cakap. Perghh cepat,kalut gila sampai jenuh aku nak kejar nak bagi paham.


Taraa~~!! Abeh sudah semua watak-watak dalam filem Sudah Zalimi Saleha ini. Lagipun Su dok suruh tulis entri pasal  dia, ni ha dah buat. Ikhlas ni,ikhlas.

Apa-apa pun, serius syukur sebab kenal dengan budak-budak ni (sila jangan perasan). Aku dulu dah serik nak baik, rapat sangat dengan orang dan dah tak berapa nak percaya dengan orang-orang yang terlalu baik depan aku sebab terkena dengan sangat teruk :(

Tapi dowang-dowang ni jenis tak bermuka-muka, tak cakap-cakap belakang (aku harap betol la tanggapan aku ni). Semua cakap lepas ja. Walaupun kadang-kadang terasa tapi lega sebab they tell me the truth. No hard feeling, dan saling longkang-melongkangi.

Muah muah muah! Salam 1Malaysia, Salam Aidilfitri!

babai~

Saturday, July 9, 2011

PERISTIWA KEMARIN: PENANGAN BERSIH 2.0 !

Kemarin merupakan cuti sekolah bagi negeri Kedah. Walaupun saya tinggal di Pulau Pinang tetapi adik-adik saya bersekolah di negeri Kedah. Kedengaran jauh tetapi sekolah tersebut hanyalah terletak dibelakang rumah saya sehinggakan saya boleh mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid-murid sekolah tersebut semasa subjek Pendidikan Muzik. Kadang-kadang merdu, kadang-kadang saya pura-pura tidak mendengar apa-apa.


Cuti sekolah kemarin saya dan adik-adik manfaatkan dengan pelbagai kegiatan berfaedah seperti bermain PS2, bermain game komputer, bermain congkak, mencuba pakaian yang diberi khas oleh bekas atlet mendayung SUKMA 2011 kepada kami adik-beradik  *terima kasih* dan pelbagai lagi sehingga emak diserang migrain, abah keluar mencari ketenangan di gelanggang tenis.


Pada jam 6.00 petang, seusai saya menghabiskan pembacaan buku Lawak Kampus yang ketiga dibaca pada hari itu, kedengaran adik-adik memanggil nama saya untuk keluar menolong mereka melakukan aktiviti diluar waktu kurikulum. Dengan wajah mengantuk saya keluar. Oh, rupanya mereka telah berjaya menahan Uncle Kedai Basikal dari menutup kedai beliau semata-mata untuk membeli cat basikal atau dalam Bahasa Inggeris, 'spray paint'.


Adik bongsu saya Nazirul Mubin kepingin benar untuk menukar warna basikal beliau yang asalnya berwarna kuning. Seorang yang berdikari, beliau berusaha mencari duit sendiri tanpa berharap kepada ibu bapa dengan mengambilnya dari dompet saya. Saya sungguh berbangga dengan beliau. Sangat bangga. Bangga sangat-sangat. SANGAT.


Membeli cat berwarna kelabu, wajah beliau sungguh gembira walaupun dikritik hebat warna tersebut hodoh dan pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar lagi. Adik perempuan saya, Syasya juga tidak lokek menurunkan ilmu graftiti beliau untuk menolong Nazirul Mubin untuk mengecat basikal. Sambil mengecat, pelbagai nasihat dan ilmu menconteng seni kami pelajari. Saya juga tidak berat hati menurunkan ilmu seni yang saya begitu minati sejak dari zaman persekolahan lagi.


Nazirul Mubin berkata, niat beliau mengecat basikal ini bukan kerana larangan kerajaan mengharamkan warna kuning dek perhimpunan BERSIH 2.0 itu tetapi memang sudah lama tersimpul dihati untuk menukar warna basikal beliau. Secara kebetulan sahaja basikal itu pasa asalnya berwarna kuning. Lega hati saya mendengarnya. Rasa kasihan pula jika seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terpaksa mengorbankan keaslian basikal kesayangan hanya kerana hidup di negara yang punya rakyat suka berdemonstrasi dan bertindak mengikut emosi serta pemimpin yang takutkan kebangkitan rakyat dan sukar untuk mendengar luahan rakyat sendiri. Kami berborak dan membincangkan tentang pelbagai isu semasa mengecat basikal tersebut seperti pasar malam Kampung Junjong, karya sastera William Shakespears, abang-abang FRU dan polis-polis yang saban hari membuat sekatan jalan raya sehingga adik saya tidak senang memakai jersi bola pasukan Brazil dan negeri Kedah semasa bermain kerana berwarna kuning.


Semasa kami sedang gigih mengecat, tiba-tiba seekor kucing berwarna putih suci lalu dihadapan kami semua. Kalau tidak cukup iman didada, rasanya sudah arwah kesucian bulu kucing tersebut disembur cat ditangan saya.


Setelah hampir satu jam kami berusaha, maka selesai juga basikal Nazirul Mubin berwajah baru. Beliau berasa sungguh gembira dan bangga dapat bersiar-siar dengan basikal yang berwajah baru. Saya berasa sangat seronok kerana telah meluangkan masa yang sangat berkualiti bersama keluarga. Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua.

Monday, July 4, 2011

BUKAN CINTA BIASA :)

Hari ni entah hari ke berapa aku tak sihat. Dah lost count dah sejak NRIC hari tu. Tadi boleh jugak bangun memasak, ambik adik dari sekolah tapi yang tak best nya, si Nazirul Mubin tu kencing aku cakap balik pukul 1.15petang. Dekat sejam aku tunggu baru nampak batang hidung. Nasib baik pegi surau, semayang Zohor dulu kalau tak memang nak kena gigit la budak pendek tu.


Masa tunggu si pendek tu balik sekolah, hampir-hampir nak pitam atas motor. Sabor jelah pasang telinga dengar makcik-makcik yang sama-sama dok tunggu anak dowang, mengumpat. Pengsan kat depan sekolah sapa nak angkat? Dah la berat =,='


Pagi-pagi tadi lepas iron baju sekolah budak-budak ni, aku lepak-lepak atas katil. Tiba-tiba datang si Mubin ni, sikat rambut gaya apa pun tak taw. Dia tanya hensem ke tak? Tak sempat jawab dia dah jawab dulu,


"Tak yah tengok la. Lagi hensem dari Elyas Nazery. Nanti terpikat pulak.."


Sebagai kakak mithali aku hanya bersabar memandang wajah sesuci itu.


Lepas makan dengan adik-adik tadi boleh pulak termuntah. Sabor jelah dah nasib badan. Ada hikmah jugak ni badan makin surut dah tak bulat macam dulu haha! Semalam pegi kedai pun kawan adik-adik tegur 'tu Along ka? " Ingat nak kata makin comey tapi makin kecik a.k.a pendek. Fine fine!

Sebenarnya main point entri ni aku nak cite dua benda yang buat aku lupa rasa sakit ni. First, introducing....


congkak lestari. abaikan watak kaki tu,




Congkak buatan anak-anak Saidi!! Belum berada di pasaran. Special edition made in Malaysia.

Aku lepas muntah-muntah, keluar nak pegi dapur. Lalu kat ruang tamu nampak adik-adik tengah seronok main something. Usya-usya aku nampak dowang tengah main benda alah ni. Dari tak larat gila-gila, aku gelak sorang-sorang tak sangka budak-budak ni kreatif boleh cipta congkak sendiri bercop Lembaga Peperiksaan Malaysia, paper exam lebihan mak aku masa marking paper SPM tahun lepas. Mula-mula main guna mangkuk kat dapur tapi lepas fikir banyak-banyak kali, kalau pecah set mangkuk mak aku tu tak pasal-pasal dowang yang jadi congkak, terus invent congkak lestari macam ni. Apa-apa pun, aku masih champion congkak hehe :P



Lagi satu yang buat aku senyum adalah benda ni.



botol air ada bunga atas penutup. sori lupa rotate :)



Hehe comel tak? Botol air yang aku letak dalam bilik buat spare bila nak makan ubat, adik-adik decorate letak bunga atas penutup supaya get well soon. Kalau nak sihat cepat kena tengok benda-benda cantik dan buat hati bahagia :)


Terima kasih banyak-banyak adik-adik yang sangat sweet:

Nur Syazana, Ammar Nabhan dan Nazirul Mubin :)

Saturday, July 2, 2011

SOME SAYINGS

Buwekk!!

Sungguh tidak senonoh sekali mukadimah entri kali ni.

Tu bunyi muntah. Walaupun aku memang selalu muntah tapi muntah masa kurang sihat ni lain macam je. Tak best :(

Macam la muntah masa sihat tu best sangat kan.

Dah,dah nanti ada pulak yang termuntah baca pasal muntah-muntah ni. Hehe saje tulis muntah banyak-banyak kali :P


Dikala ini aku masih kebosanan. Hujan mencurah-curah ke ladang gandum membuatkan aku memilih untuk berkurung sahaja dalam rumahku syurgaku ini. Hakikat sebenarnya aku ditinggalkan oleh famili dek kerana muntah-muntah dalam tandas terlalu lama dan wajah terlalu pucat untuk keluar dari rumah. Beginilah nasib orang kurang upaya dan pemalas mekap untuk tutup kepucatan wajah sendiri. Demn demn. Dok la sorang-sorang layan Angry Bird dan Poker :(

*Hey tanpa 2 Spade pun boleh menang taw*


Apa benda nak mengarut pun tak taw. Terlalu penat untuk memikirkan sebarang benda karut untuk dimengarut. Satu benda ja terfikir, kata-kata beberapa cerdik pandai tempatan dari universiti tersayang USM yang aku dapat hasil berbakti kepada universiti a.k.a uruskan NRIC 2011.


"Idea doesn't come with age. Older doesn't you wiser"
Prof Asma Binti Ismail , Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM

Prof cakap ni masa aku dan Deepa, Mantan HOD Kehakiman NRIC 2011 jumpa beliau for the first time dalam bilik beliau di Canselori. Ayat ni buat aku admire Prof sangat-sangat. Dan Prof jugak la yang bagi kepercayaan kat aku dan team NRIC yang lain untuk organisekan CoRIC, satu pertandingan baru yang diadaptasi dari universiti terkemuka luar negara. A very tough job untuk kami tapi Alhamdulillah,jadi jugak :)





"Nurturing young mind is not by forcing them to follow your ways, but to let them do it their ways"
        Prof Dato' Omar Bin Osman, Timbalan Naib Canselor BHEPP USM 


Aku dapat ayat ni masa private meeting dengan Dato' Omar together with Rina and Elyas Nazery. Mula-mula macam meeting firmal tapi tak sampai 10 minit, dah jadi sesi motivasi Dato' kepada kami. Last minute kami dapat task mengejut untuk uruskan satu event yang agak susah. Sebelum apa-apa,kami kena brief kat Dato' dulu untuk kelulusan dan hasilnya Dato' agak kurang setuju bila kami agak disekat oleh pihak lain. Terus Dato' keluarkan kata-kata kat atas ni and it makes me think , or re-think about what we are doing. Thanks Dato' !




" Jangan disekat idea generasi muda. Biarkan mereka melakukan sesuatu dengan cara mereka. Biarlah mereka lakukan kesalahan pun, itu biasalah dalam kehidupan."
          Encik Mohamad, Pegawai Perhubungan Awam USM


Yang ni lagi satu favourite aku. Yup, sangat setuju! Jangan disekat idea orang muda. Apalah maknanya inovasi kalau idea dan pemikiran generasi muda seperti kami disekat-sekat dan diperkecilkan.. Biar kami lakukan kesilapan kerana kami tidak bodoh untuk mengulangi kesilapan yang sama buat kali kedua. Ajar kami untuk belajar dari kesilapan. Jika kami tidak dibenarkan untuk membuat kesilapan, apa yang kami pelajari dari hidup ini?

Jangan layan kami seperti kanak-kanak jika mahu kami berfikir seperti orang dewasa :)



Last but not least,


" I'll give you another dinner maybe in the beginning of next semester to congratulate all your good job for this year's NRIC "

Prof Dato' Omar Osman during NRIC Grand Lunch 26th June 2011.


Hahahaha! Yang ni kami memang takkan lupa Dato' ! Terima kasih untuk double appreciation ini!

Weeeee~~~


OK babai.

Friday, July 1, 2011

2nd Of July- The Tragedy

As-salam.

Sebenarnya takde mende pun nak tulis hari ni. Just bosan. Memasak tadi tapi hancus sebab lidah aku still pahit hasil ubat-ubatan yang aku ambil since last week. Sup pahit, sambal tumis pahit, air Nutrigen pun pahit. Lepas tu muntah. Malang sungguh.

Tapi best thing is balik rumah tengok adik aku dah ok. Alhamdulillah. Huhu aku cuak kalau melarat sampai SPM ja. Tak sanggop~~ Sampai rumah hari tu soalan first adik-adik tanya:

"Along balik sampai bila?"

"Sampai bulan 9~~"

" Yeay! First time Along cuti lama-lama!"


*Terasa gila dengan statement adik aku.* 


" Uhh, abeh la kita Jeneral Penyapu dah balik lama-lama kat rumah. Tak boleh semak-semak dah~"


Huh! Sedap gila title yang aku dapat.Jeneral Penyapu. Fine, fine! Memang hobi pegang penyapu,pisau kat rumah. Whatever~

Balik konon nak setel hal rumah tangga dan jaga adik memandangkan sape ntah hantar mak aku pergi kursus malam ni tapi aku pulak yang tak sihat.Emo,emo.


Pagi-pagi tadi adik-adik aku dah bising dengan Larian 1 Malaysia. Dengan mak abah aku sekali terlibat. Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah dengan kepala yang tengah weng. Lepas sarapan, makan ubat. Lepas makan ubat, masa tengah lalok tunggu nak tertido teringat pulak cite Insidious. Vavi betoi dah la sorang-sorang kat rumah. Bilik aku pulak memang mengadap ruang tamu. Terbayang-bayang part hantu puppet tu menari kat ruang tamu rumah tu T~T. Lepas tu takut-takut pandang almari, buat hal terbuka sendiri then ada benda lari-lari keluar memang aku pengsan. Oh my. Hasilnya aku tertido sampai pukul 10.30pagi. Terus bangun melompat dari katil pegi dapur,masak.


Tengah-tengah masak tadi dapat 1 call dari unknown number. Al-kisahnya aku salah transfer no fon dari handfon lama. Tertransfer dalam simkad Maxis. So banyak nombor fon aku hilang T~T


Macam pelik sape pulak call waktu-waktu macam ni. Kalau masa tengah urus NRIC boleh tahan la orang HEP call ke, universiti lain call ke. Dengan suara serak seksi *takdok suara* gua halo-halo sama dia.


Aww, Anis rupanya. Hehe sori mam, nombor hilang. Kawan-kawan, Anis merupakan orang kuat SIFE USM. Apa itu SIFE? Google la sendiri malas nak explain. She called me offer jadi presenter USM untuk pertandingan peringkat kebangsaan. GULP!


Aku tak pernah join SIFE dan tak taw apa-apa pasal ni huhu. Aku pernah contribute buku abstract NRIC tahun lepas ja untuk di'recycle'. Tapi tu la orang cakap rezeki~ Kami jumpa masa Saringan CoRIC dan aku tolong touch up idea team Anis je. She offered me and Amir untuk jadi presenter USM. InsyaALLAH, tak janji sebab aku pun tak sihat lagi. Kena balik USM 2 minggu sebelum pertandingan memandangkan kami zero gila pasal SIFE ni.


Done with SIFE. Kalau ada rezeki aku join la. Dan suruh dowang cari backup presenter. Huhu.



Apa lagi nak cerita pun tak taw dah. Seriously bosan gila post kali ni. Sebab aku pun dalam kondisi yang membosankan.


Today's tragedy is I AM BORED TO HELL. Makan, muntah. Makan ubat, tido. Bila badan tak sehat, apa pun tak boleh, apa pun tak boleh!





Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...