Tuesday, June 7, 2011

OLD COUPLE




Cuti itu satu nikmat. Tiba-tiba kan. Tapi betol la. Aku ni kaki menulis tapi bila kerja, tunggu cuti baru boleh berblog. So sekarang cuti sampai esok aku puaskan nafsu menulis puas-puas. Walaupun tak femes tapi aku menulis untuk orang yang selalu baca blog aku *perasan*.



After lunch tadi aku pergi hospital. Mak chaq masuk wad. Sepupu aku pun sama. Eksiden. Adik aku pun baru ja lepas ulang-alik ke hospital *sigh~* . Tapi hidup kena terus. Dah malas nak sedih-sedih itu ini, penat. 


Smile while you still have teeth!


Sebelum pegi hospital, singgah makan dulu. Abah bawak pegi kedai kat lorong mana entah. Kedai kecik ja tapi ramai woo orang beratur bungkus lauk. Serius sedap! Kalau pakcik tu bukak restoran, memang komform laku meletops la.  Tapi sebab lauk masak hitam daging jugak la aku alergik. Apa la pakcik bubuh dalam masakan tu? Perencah segera? :P

Hey, thanks kepada yang mesej-mesej ,call tanya,  

“Masak apa Cik Lin? Guna perencah segera ke?”

Dak aih~ Resepi asli masakan kampong ja aku reti. Haha!


Lepas makan otw nak pegi kereta, lalu la depan kedai-kedai kecik yang aku rasa sangat lama bukak kat Pekan Kulim ni. Walaupun Kulim dah macam-macam ada, Tesco ada, Giant ada, Kulim Landmark Central ada, kedai-kedai nostalgia ni still buka. Oh my, sangat nostalgic! *emotional*


Tengah-tengah jalan nampak satu couple Chinese ni. Old couple. Know what, aku suka tengok old couple. Tak taw pasal pa but they look so sweet.  Masa convo USM 2009 dulu, dalam Dewan masa dok tunggu Raja Canselor USM datang, camera melilau kat audiens rakam candid. Tak zoom kat kami para musicians pun, sampai hati. Then camera stops kat satu Chinese old couple ni. They are holding hands. Bila depa sedar the camera is focusing on them, depa lambai-lambai, senyum dan si suami kiss isteri on her cheek. Serious romantic! Aku pulak yang blushing time tu. Tak pasal-pasal~


Back to the Kulim’s old couple. Tengah senyum sorang-sorang tengok , oh oh, isteri dia suap suami dia! And the husband smiles. Oh oh oh! Aku syok sendiri sorang-sorang! Giggles!
They are so sweet and adorable and sweet!


And adorable.


:P


Bila depa tengok aku sengeh macam kerang busuk tengok depa, they smile at me. Oh..
I lebiu uncle, auntie!


May only death will tear you apart.


:’)



Monday, June 6, 2011

RESULT: MELOMPAT LEBIH TINGGI

Melompat lebih tinggi!!!

3 kali tanda seru bermakna aku sangat excited dan seronok dan excited lagi.

First sebab hari ni 6 Jun 2011. Tarikh keramat buat budak-budak USM. Result keluar~

Masa result provisional keluar aku dah jerit-jerit happy sebab agak kelam tanpa cahaya bintang. Ingat lagi masa first year first sem, dapat 1 bintang ingatkan lulus dengan cemerlang dan terpuji. Padahal lulus bersyarat =,='
Tapi walaupun ada bintang almost 3 pointer jugak. Sipi-sipi lagi ja. Rugi betol. Then jatuh jatuh jatuh. Demn. Banyak main.


Sem lepas dapat hidayah untuk bangun balik. Tapi kejap je. Main jugak. Hampeh betol. Nak hujung-hujung sem start study balik. Walaupun sem sebelum ni memang jatuh mendadak, tapi berpegang kepada kata-kata


" Kalau nak lompat lebih jauh, kena la undur ke belakang sikit.."




Yeahh! Aku undur jauh jugak tapi resultnya, lompat pun jauh sangat sampai tersasar dari target. Aku target dalam 2.5 ja tapi dapat lebih, rezeki la tu. Syukur Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat.


Masa result provisional, first aku call was my Sifu in Physics, Encik Saidi. Tengah keje? Ahh aku tak kesah. Hahaha! Then Daddy C my Dr Chong :)
Then orang ketiga. Hehe.


Then gosip-gosip dengan roomate Cik Ezzah yang result turut sama kelam tanpa bintang :P




Tak taw nak tulis apa dah. Cuma nak pesan kepada kawan-kawan yang call, mesej mengadu result jatuh, fail bagai, this is not the end of your world. Aku pernah rasa macam mana rasanya bila langit ni macam runtuh hempap diri sendiri, tapi ingat, kita manusia made of solid and rigid matter. Langit mostly made of gas, wap air. Kita boleh tembus langit tu bila-bila ja, kan?

And we can reach for the star!



Tapi aku taknak, bintang panas der~ :P

Dan terima kasih jugak kepada insan yang pernah sindir aku, you made me today.


Ingat lagi tak macam mana kau pandang sindir result aku,kau kata macam-macam? Kalau tak ingat aku malas nak ingatkan. Aku ni jenis tak pandang belakang Cik Kak. Apa dah jadi, jadi la. Kalau asyik pandang belakang nak ingat-ingat itu ini, nak touching itu ini sampai mati, tak maju la aku.



Past is past. Aku tak pandang belakang. Bukan takut ada hantu tapi memang hantu pun yang aku tinggal kat belakang tu.





Last but not least,

Kongsikan kegembiraan kerana ia akan berganda, kongsikan juga kesedihan kerana ia akan berkurangan :)


Tak kesah macam mana nak share, ada yang lebih suka bercerita, or ada jugak yang suka menulis, macam aku.


Give me a paper and I can write a world on it. Ok melalut.

Oyeah!



Night folks! Yang kelmarin jadikan teladan, yang esok pasang sempadan banyak-banyak :P




p/s: Thanks Abah for the new phone! Tak mintak. Rezeki~
Kalau la 3pointer,mesti iphone kan. Haisyhhh!
eh, syukur,syukur. :P

THE BEAUTY OF UTARA! :P



Alhamdulillah gembira guling-guling tengok result tak habis lagi. Walaupun takdak la hebat mana pun sebab tak sampai 3 pointer, tapi lepas 2.5 tu kira boleh senyum sampai telinga lah. Tapi muka aku still muka orang takdak perasaan. Trauma nak seronok lebih-lebih. Haha tiba-tiba kan~

Tadi tengok cite Cun dengan adik-adik. Cite yang Maya Karin berlakon dengan Remy Ishak tu. Dah berkurun keluar aku baru nak tengok. Yela orang yang selalu teman tengok wayang tak layan cite Melayu katanya tapi … Dalam Botol nak pulak tengok =,=”

Cite ni best jugak tapi bukan plot filem yang aku nak sentuh but bahasa yang digunakan. Tak taw pasai pa aku rasa best sangat dialog dan cara penyampaian dia. Looks natural dan agak innocent :P

Aku baca review, ada yang tulis bahasa cite ni kasar dan aku difahamkan cite ni mostly shoot kat Utara a.k.a Kedah. First sekali aku suka tengok scene sawah padi. Perghhh memang meletops la. Hijau nian kalernya. Macam sawah padi otw nak pegi Pendang. Memang CUN! Then aku senyum sorang-sorang bila tengok Remy Ishak dengan Si Kuntum tu cakap utara. U olls memang terbaik! Serius real tak mengada-ngada macam cite utara version yang aku dok tengok.

Then comes to the language used. Kasar kah? Maybe bagi orang luar memang kasar. Celaka la, bangang la, pegi mampuih la apa la tapi for us Utara people, that is nothing. Percakapan biasa seharian bagi kami. Kalau ada orang utara mai cakap kat aku “bangang ngat aih hang ni nak buat tu pun tak reti” , biasa ja la. No hard feeling. Tapi cuba cakap macam tu kat somebody else yang bukan Utara, perghh sampai kehidupan seterusnya tak bercakap dah. Hahaha!


Kasar memang kasar. Aku tengok budak-budak belakang rumah aku bersembang pun kalau orang tak taw mesti ingat bergaduh. “Pak hang” la, “pungkoq hang” la, “otak bingai “ la, “nak mampuih sungguh” la etc. Ce cakap “nak mampuih la hang ni” kat orang lain, habis la kena report polis sebab ugutan membunuh. Hahaha what a joke. Maaf tapi seriously this shit happens. Kalau tak silap ada kes orang buat laporan polis sebab someone cakap macam tu kat dia. Ugutan bunuh katanya. Perghhh sentap bila aku baca. Kalau la ada language police kat sini (Utara), isk isk isk habis la kat Utara ni takdak penghuni semua dalam trials sebab ugutan bunuh~~


Language is a part of our life. Mungkin kasar bagi sesetengah pihak but that is the beauty of us, harsh word means nothing. Daripada mulut manis depan-depan tapi dalam hati lain cite, aku memang prefer mulut takdak insurans.


 Masa masuk matrik dulu was the first time bercampur dengan orang dari negeri-negeri lain. Yep,aku minah Utara sejati. Lahir kat Perak, membesar kat Kedah dan sekarang baru 3 tahun pindah Penang. Kat matrik dulu ada kawan aku dari KL cakap , kasar la mamat tu mulut macam hahaharam. Bahasa kasar! Kurang hajaq! Well, aku senyum ja. Dia melawak tu and he is from Kedah. I’m not surprised bila minah tu tak leh terima.Language barrier bak kata orang. Hahaha merapu lah. Kalau orang Utara ni tak cakap depan-depan, tak marah,sound depan-depan dengan muka garang, jangan terasa. Kami ni mulut main lepaih ja kalau bercakap.Memang disahkan SIRIM Utara ni melawak pun kasaq. Hahahaha!


Sebelum nak chow, perengoih taw dak apa dia tu? Hehe komform ramai tak taw sebelum tengok cite Cun tu. Perengoih tu pemarah. Kalau lidah tak made in  Utara, susah sikit nak sebut. Tergelak-gelak aku tengok si Maya Karin nak sebut. Hehe. Keleboq? Taw tak? Hahahahaha cari sendiri makna dia! Teringat plak aku pernah ajar sorang minah Jerman ni loghat Utara. Tahan gelak ja aku masa tu. Hehe.


Lagi satu ayat dalam cite Cun ni,


“Mana mungkin KLCC dan sawah padi bersatu?”


Hahaha tak taw tak taw~


Tapi tu la. Rasa bertuah walaupun just a kampung girl, hidup kat Utara, dan fail guna perencah segera T~T. 


 

And hey, university no 1 Malaysia pun  kat Utara jugak kan?

Muehehehehehehehe~~


Ada sesetengah pihak pandang orang utara ni macam kampong tapi go die la you. Kami kasaq tapi kami baik.. Cewahh! :P

Kita kan 1Malaysia? 
Teheeee~

Sunday, June 5, 2011

LOSER

Home Sweet Home.

Sweet sangat aku hari ni kan. Dah lama tak balik rumah and now I'm home. Mak takdak, ada program sukan rasanya kat pulau apa ntah kat Pahang. Pardon my Geography. Huhu. Yela mak aku antara coach bola jaring terkemuka kat Malaysia ni. Aku je dok terhegeh-hegeh main badminton.


Sesampainya kat rumah, wow! Bayangkan sendiri la rumah berpenghuni 2 jejaka bawah umur dan makhluk berbulu takdak akal hampir 10ekor. Pengsan aku tengok and I end up kemas rumah dari pagi tadi sampai pukul 5.30petang tadi. Itu pun to be continue tomorrow. Mak,cepat la balik huhu~~


Pukul 9pagi aku nak start masak. Sebab malas terlampau nak pegi kedai aku hentam ja masak apa yang ada dalam fridge. Dan sebab malas jugak la aku nak try guna perencah segera yang ada dalam rumah tu. Aku sangat loser when it comes to instant thing. Maggi pun kadang-kadang aku fail.



First sekali, aku tengok ada kari dalam tin. Wow! Then masak black pepper pun dah ada yang segera. Masak merah ayam pun ada yang dah siapkan kuah dalam peket. Just heat then tambah ayam ja. Wah~~ memang moden gila la sekarang ni. Sesuai la dengan wanita-wanita yang sibuk sekarang ni. Mesti semua nak cepat.



Aku dulu pernah try masak merah ayam yang peket tu. Ceh,hancus~ Tapi everyone deserves a second chance kan? So tadi berbekalkan azam dan sedikit rasa malas di dada, aku ambik la perencah segera masak merah ayam jenama xxx. Dengan teliti aku baca arahan kat belakang tu.

350gm ayam? Reneh? Bla3~~


Aaarghhh! Tak paham! Yes I am a loser (again) when it comes to instruction! Tak tau pasai pa tapi memang menggelabah bila baca arahan memasak kat mana-mana peket pun. Buku resepi lagi la. Tapi baca lagi slow-slow mana taw tiba-tiba sampai hidayah untuk aku faham.


Fuuuuuuuuccccccchhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


Sekali lagi menggelabah tak paham. Hoi!! Apa yang kau nak dari aku wahai perencah segera??!!! Apa yang kau tak puas hati dengan aku???!!!

Demn. Last-last simpan balik then back to basic. Masak sup, kena blend la rencah-rencah dia. Nak masak tomyam, aku akan blend cili, bawang, tomato segala. Nak masak kari kena giling segala rempah. .Ok yang kari tu memang tipu. Guna serbuk kari ja~ Dan untuk masak merah, kena la blend cili kering, bawang segala. Nasib baik masak tiram aku reti guna sos tiram tu kalau tak jenuh nak deep sea diving semata-mata nak cari tiram dan proses sendiri bila nak masak.


It takes time but kalau dah biasa tak kesah dah. Nampak sangat aku minah kampung. Tak moden T~T


Tapi bila family nak makan, adik-adik aku tanya,


" Mana satu yang guna perencah segera? We won't eat that. We wannit original yang Along masak.."


Ohh... Sob sob sob.. ada jugak yang menghargai kekampungan aku..

Friday, June 3, 2011

PAKU DULANG PAKU SERPIH~


"Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"


Ingat lagi peribahasa ni? Aku belajar masa sekolah rendah dulu. Memang makan dalam la peribahasa ni dan aku yakin yang peribahasa ni memang dicipta untuk buat orang sentap. Caye la cakap aku. Aku pun Melayu. *motif?*


Da lama tak dengar peribahasa ni tapi kemarin dahulu dengar balik.


Mulut aku ni memang potpet-potpet tak henti. Bila orang sebelah start bercakap jugak memanaskan situasi, lagi la potpet-potpet. Yela bila keadaan panas, energy bertambah. Bila energy bertambah, pergerakan akan menjadi lebih cepat. And it ends up dua-dua potpet-potpet sambil perli-memerli. Orang kalau berdua ni aku tengok selalunya buat benda-benda romantik puji-memuji,berkata-kata puitis I Love You bagai tapi kitorang saling perli-memerli kutuk-mengutuk. Macam hape lagi =,=' Pelik tapi siyes seronok. Bhahaha~


Kemarin dulu jugak aku sentap. Sebab?

Tengah potpet-potpet cerita macam-macam, baca sifir etc, orang sebelah pun start bermotivasi.


And i said: "Bisinglah.."


And aku pun dapat kata-kata perlian:

-Rujuk peribahasa berwarna biru diatas.Terlalu sentap untuk ditulis buat kali ketiga termasuk tajuk entri-


Peribahasa tersebut disertakan dengan jelingan lansung tak manja malah membuatkan peribahasa tersebut terasa bak bullet sebesar alam.


Fine!


Pegi training jalan kaki lepas ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...