Friday, December 3, 2010

| HUJAN |

SABTU::
tepat pukul 12.xx tengahari waktu Malaysia, tengah2 menggedik masak dengan adik2 kat dapur, tiba-tiba:

"zassssss~~~~!!!!"

Pulau Pinang pulau mutiara hujan lagi yaww~~

time tu tengah masak asam pedas tumis special request dari abah. i masak with love utk dedi i~ pastu terdetik 1 idea.

" weh,mandi ujan jom! lebat gile ni. mau?"

see,aku kakak yang penyayang.ajak adik2 beriadah,berseronok-ronok bersama-sama.

"alorhh..masak x abeh lagi nih!" rintih Angah,adik pompuan aku yg tiba-tiba rajen tolong aku kat dapur.

"ala xpe,masak cepat2. aku da gian ni lama gile xmandi ujan." kata-kata semangat dari seorang kakak kepada adiknya.

then aku tengok muka semua adik-adik aku bersinar,bercahaya kegembiraan.bangga dapat kakak cam aku agaknya.dont tell me.i oredy know~~

~~~~~~~~~~~~ siap masak!~~~~~~~~~~~

abang: nak gitaw mak dak ni kita nak mandi ujan? nanti mak x bagi camne?

aku: olorh xpayah la..kita trus lari keluar ja.dah basah nnt kita jerit2 la gitaw mak.time tu kalau mak xbagi pun dh terlambat dah~

mubin: along,kalau kena sambar petir camne?

erkkk!! uhhh insaf aku ...sob3~~

aku:ok lah. mubin,mu g la ghoyak ke mak kito nk mndi ujan~~ nanti kena sambar petir plak~~~

mubin: huh? bakpo bibin plop? yolah~

FYI ,kitorang kdg2 kecek klate xjadi kat umah..1Malaysia la katakan~~

tunggu punya tunggu mubin g mengayat mak aku,then dia datang dapur.


mubin: along,mak diam je.cmne ni?dia tekun isi borang pe tah kt intenet.pasal SPM.

aku: hoh! orang tua-tua cakap diam tanda setuju! ok la tuh!

mubin: hoi hg ingat bibin p masuk meminang mak ke??!!

hahaha!! termalu aku disitu~
then dipendekkan cerita,malas nk pikir panjang,tarik tuala then semua berlari keluar rumah.

"wehuu!!! mandi ujan!!! hahaha!! hihihi!! hohoho!! bla3~~"

sronok sakan la senang cite sampai bising gile orang rumah depan pun keluar tengok 4 makhluk terlompat-lompat, berlari-lari dalam hujan.time tu memang x kesah pape dah.dah lama kot aku gian nak mandi ujan since study week lagi taw !!!
then mubin bersuara...

"ya kita lihat disana, pelajar Universiti Sains Malaysia,ijazah tahun kedua pulak tu ye tuan-tuan dan puan-puan.. mengalahkan murid darjah 3 ni ha main hujan..."

kata-kata diatas berpakej dengan jelingan penuh sindiran ye u olls~..pedih menyucuk didada..hampeh punya adik! arghh xkesah lah! aku nak maen ujan jugak~~then kucing jantan abah aku plak keluar.terpegun tengok kami main hujan.pastu dia bising sekor-sekor berleter pe pun xtaw la.ewah2,mak aku pun diam je ko plak nk berleter ktorg maen hujan!

then klimaks cerita ni sampai.....

"Ya ALLAH ya Tuhanku budak2 ni!!! hoi!! sapa suruh main hujan,ha??!! hangpa masuk cepat! abah hangpa dah nak sampai dah satgi kena marah aku xtaw! bla3~~potpetpotpet..."

jeng3~~ tudia Puan Norizah,anak mami penang dah keluaq! hahaha xpasal2 kena marah..rupanya Jamie si kucing cuba meng"warning" ktorg dengan kedatangan bonda terchenta! pastu aku jawab:

"ala mak,bukan selalu.jom la mandi ujan sekali mak!"


jawapan versi mubin plak:
"ala mak,nanti abah pun main ujan sekali dengan kami ~~"

dengan muka ekk nya mak aku jawab:

"huh xmau aku! men game lagi baguih~"

...dan jawapan tu disertakan dengan sliding door ditutup rapat, "kletak!"..

huh! mak kunci pintu!

"wahaaa mak kunci pintu weh!!! bleh mandi lama lagi!hahaha...!!!" ---> ni angah yang cakap~

untuk tidak mengecewakan permintaan adik aku tu,maka aktiviti mandi hujan diteruskan untuk 30minit lagi.. :p

pastu pakat-pakat lari bertempiaran masuk umah.sebab?
~~~abah dah balik~~~~

lalala...then smua g mandi,g makan.muka? toksah cakap la baik gile ! wahaaa~~!!

*mintak-mintak mak x report pasal main hujan.fuhh kanan! fuhh kiri!!*

zassssssssssssssss~~!

Wednesday, December 1, 2010

kletuk kletak!

assalamualaikum!!!

wahhaa aku dah start tulis blog balik dah.
wuuu~

tu je nk gtaw.
=P

nanti bila kerajinanku bertambah, aku karang panjang sket.
skang nak buang sawang,habuk,segala jenis binatang yang dh jadi kompos dlm blog aku ni ha..


zasssss~~~!!

Sunday, July 18, 2010

ASTRONOMI dan AKU~

salam..
semalam cite sedih kan.. kesian kawan aku tu.. biarlah,dia dah cakap biarlah..jadi kita boleh cuba bantu mana yang boleh je la.. hak orang,biar dia yang tentukan hidup dia..

hari ni nak cite pasal apa yang jadi tadi.
wow!

tu ekspresi pertama.

tadi pagi ada program kat Taman Pekaka, Sg. Dua,Penang.
belakang tesco sg dua..budak2 USM mesti expert area situ.haha..

aku pun join,under Astronomi USM. Alhamdulillah tadi dapat tambah ahli kelab.fiuhh~
sambutan hangat! seriusly!

dari feedback orang ramai tadi, dorang memang puji penubuhan kelab ni. kat Malaysia ni ramai sebenarnya yang minat astronomi,tapi sayang..xde source dan tempat dowang nak ekspresikan minat dowang ni.hehehe ayat baekk punya.

aku sikit sebanyak rasa bangga dan seronok sebab menjadi orang-orang yang membuka peluang kepada masyarakat untuk meneroka bidang ilmu yang baru. astronomi adalah ilmu yang sangat lama tapi baru untuk masyarakat kita terokai.

memang rasa seronok sangat2 bila tengok orang ramai bercerita apa yang dowang taw pasal alam kat atas sana. meteor,planet,angkasa,makhluk asing,nebula,galaksi bla3..
bila kita tahu ramai yang berkongsi minat yang sama dengan kita,memang akan rasa sangat seronok.lagi la seronok bila kita yang membantu mereka mengekspresikan minat masing2.

paling best bila tengok budak2.kanak2.
dowang suka tengok gambar,tanya itu ini,dan yang paling best,cerita apa yang dowang tahu.sangat best.
tadi kat taman pekaka,ada sorang indian boy ni. wow! he knew a lot bout astronomi! just 10 years old but i'm really impressed dengan knowledge dia.
whats more,ayah dia sangat supportive.sokong minat anak dia. saya sangat bangga tengok parents macam tu!
syabas inspektor sahab hey!
eh?
hahaha~~

bukan tu je, pakcik-pakcik polis, jabatan kesihatan,pakcik-pakcik,semua sangat teruja tengok matahari guna teleskop (sun gazing,sun observation).
rasa bahagia bila dapat berkongsi ilmu yang x seberapa ni.
majulah astronomi untuk negara.

chow yauww~!!

Saturday, July 17, 2010

dia dah lupa..biarlah..

tiba-tiba rasa nak menulis plak.walaupun esok pagi2 dah ada keje astronomi,tapi tetap nak menulis. mulut sakit,x berapa nak boleh bising so lepas geram dengan menulis la.hehe..

dah seminggu semester baru bukak. ayat keramat sem ni :

sem baru, kawan pun baru..


apekah? lalala..

ni la nk kisahkan ni.. cerita ni jadi kat sorang hamba ALLAH ni.. nak kata kesian,ntah la.. boleh la kot nak kesiankan. jom usyar dulu.

camni...

dua orang ni kawan baik. baru kenal tapi tiba2 boleh rapat..rapat sungguh la dari pandangan mata aku ni. kamceng abeh. aku bahasakan sorang A sorang B..

camne dowg kenal? si B ni member kpd member si A. si A ni banyak mulut tapi bila dengan stranger,dia pemalu.senyap ja tapi bila jumpak B,alhamdulillah dia boleh peramah.rapat.then kenal punya kenal, dowang banyak persamaan..

si A ni dari kecik,x rapat dengan orang.xde kawan yang rapat gila2. dia universal.semua orang adalah kawan.tapi bila kenal B,dia rasa,bukan rasa la,dia yakin B ni kawan sejati dia. dengan B dia x berkira. apa yang dia ada,B akan merasa sama.B pun x ambik kesempatan.tah la sebab aku dengar cerita pihak A ja. A puji B ja selalu.so i assume B baik.memang kawan sejati A. A hepi,aku pun hepi. walaupun kawan baik,pompuan sama pompuan, bila cuti, dok balas2 mesej.any good @ bad news, B mesti taw dulu.and vice versa.senang cakap A dan B memang rapat.kat mana ada A,ada B. baju A pakai,B pun tak sengaja akan terpakai baju yang sama. sweet kan?

tu la sahabat aku..
..

ni la ayat feveret si A klu orang tanya @ tegur pasal dowg. hehe..

si A ni sayang kawan lebih dari diri sendiri. aku rasa cm hape lagi si A ni.apa dia ada,kawan kena ada. korang bayangkan si A ni terer English.tapi sanggup buat2 x reti sebut @ x taw hanya sebab si B xtaw @ buat silap.A cakap nanti klu B sorg je silap,nnt B rasa malu.biar la dia buat2 macam bodoh asalkan kawan dia si B ni x kecik hati..si A ni aktif dalam pengurusan xx . B pulak aktif dalam pengurusan yy.. pengurusan xx lagi besar dan susah dari yy. so si A ni nak si B pun dapat pengalaman sama mcm dia.orang kenal si A lebih dari si B sbb A aktif pengurusan xx.yy hanya pengurusan setempat je,so xter'expose' sangat dengan orang luar.

A cuba masukkan B dalam 1 event xx.alhamdulillah dapat. A memang bagi perhatian ghila kt B dlm menguruskan event tu.wlpn B orang luar tapi A bawak jugak masuk meeting semata2 nak dedahkan B dengan pengurusan xx yang memang hebat.1 bilik mesyuarat tu tawu yang B ni kawan baik A.sebab A canang kat smua orang.hehe.A puji itu puji ini so orang pandang tinggi si B.

tengah2 nak menguruskan event terbesar xx, si A dapat offer join lagi 1 event zz. event yang outstanding jugak la zz ni.orang offer jwtn tggi kat A sbb kerja dia dlm pengurusan xx bagus.A terima tapi dengan syarat,dia nak B pun masuk jugak n ada jawatan. macam2 benda bagus dia puji si B semata2 nak kawan baik dia pun dapat pe dia dapat.awak kawan baik saya.saya akan tolong awak untuk menaikkan diri awak..
B xda pengalaman pun dalam pengurusan spt xx dan zz tapi A ambik risiko masukkan B sbb B kawan baik dia.tu je niat dia.kawan baik.kena tolong kawan baik.

pengurusan event pun bermula...

hari demi hari,A selalu terima mesej B cakap itu ini pasal event xx. sindir ada,kutuk ada.puji event zz dan menjatuhkan event xx. si A rasa xsedap hati tapi dia balas cara baik (kadang2 membodohkan diri sendiri sebab xnak B kecik ati dan termalu sendiri sebab fakta B banyak salah.).. sebab??
B kawan baik aku. dia baru dalam pengurusan besar macam ni so maybe dia tengah belajar.A fikir positive.sangat positiv.

tapi last2 sabar A btol2 diuji. B cakap macam2 menjatuhkan event si A uruakan ni. A bsusah payah jemput ahli event zz sebab nak B tengok hasil kerja A.bukan nak menunjuk tapi bkongsi hasil yang dah A susah payah sebelum ni. tapi lain yang A dapat.
masa event tu si B buat hal macam2. kutuk event si A uruskan. dan agung-agungkan event zz.

"tapi xpe, B kan kawan aku.." ..ni la ayat si A..

tapi bila event xx dah selesai dan A kembali nak berkhidmat kt event zz,lain plak jadi. B asyik sindir,kutuk,mengata kat A dan event xx nya..hati kawan mana x terasa der..bila kerja keras kita,kawan baik sendiri dok kutuk.sampai la komiti xx yang lain dapat tahu.malu si A dengan perangai si B ni.tapi sebab kawan,si A cuba perbetulkan keadaan.

si A dapat banyak masalah sebab si B tapi si A xpernah marah si B sebab xnak B kecik ati.


tapi sekarang? si A dah hilang kawan dia si B. sebab?

si A buat 1 kesilapan. dan dengan tiket 1 kesilapan yang orang berkenaan xkesah pun,si B buruk-burukkan si A sampai sekarang.bercakap?tidak.. si A senyum,x berbalas.

xpe, si A xkesah.maybe si B needs time..everything needs time rite?

tapi sabar ada had nye.so si A ambik keputusan utk melupakan apa yang jadi.biarlah...
life must go on,rite?

kalau dia kawan awak,selamanya dia kawan awak.,
kalau tidak... ntah la..

tapi si A ada ramai lagi orang disekeliling dia..
dia berjaya tanpa si B. walaupun si B dah lupa sape yang menaikkan dia dulu,si A cakap biarlah..
walaupun si A sanggup lepaskan jwtn dia sebab nak si B berjaya,tapi si B dah lupa..

macam mana hebat pun si B sekarang, tanpa si A dia xkan kemana dulu.
tapi si B dah lupa. biarlah..

biarlah...


sekian..

Wednesday, July 7, 2010

MAKCIK CLEANER~

fuhhhh~~

fiuhhh~~

woooshhhhh~~

tuihhh~~

puihhh~~

khokk tuih!!~~

ok dah..bersih dh blog ni..
lama dh xjenguk.,haha!!
babai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...