Tuesday, September 4, 2012

Mentally Escape From Reality: Tempat Khayalan

Assalamualaikum. Rasanya laaaamaaaa gila tak update blog. Biasalah. Em to the Ea to the El to the Ea to the Es. MALAS.

Hari ni tengah masak tomyam tiba-tiba berangan. Yeah,berangan. Tempat yang aku nak pergi. Dari kecik aku memang banyak berangan pasal tempat-tempat yang aku nak pergi. Masalahnya, 99% dari tempat-tempat ni tak wujud. Tu orang la kata tak wujud. Aku kesah apa wujud ke tak. Kalau aku nak pergi,aku nak pergi la.

First place- Wonderland. Yang Alice pergi tu,yang dalam movie Disney Alice In The Wonderland tu. Haaaa.  Kejar White Rabbit. Makan kek,makan cendawan jadi kecik,besar. Jumpa kucing boleh bercakap dan senyum *scary*, jumpak Queen of Hearts, and yang paling nak, mesti lah Mad Hatter. Tapi Mad Hatter version Johnny Depp la. Yang katun tak mau. Disebabkan movie Alice ni lah aku kecik-kecik dulu selalu cari pintu rahsia dalam rumah,mana taw bukak ja tiba-tiba masuk dunia lain. Pehhh.

Second- NARNIA!! Wuhuuuu! Narnia bhai. Gilaaa.. Kalau la wujud,memang lama dah aku pegi.Macam biasa,excited nak jumpak binatang yang boleh bercakap. Aslan and Mr Tumnus the Faun antara mystical creatures yang aku teringin nak jumpak. Fight with the White Witch, dudududududu. Apa lagi tah. Sebenarnya nak experience buka pintu closet pastu masuk dunia lain. Tu ja.

And... Prince Caspian *blushing*

Penah baca buku-buku Percy Jackson? Beshhh. Aku ada complete collection start dari The Lightning Thief sampai la Hero of Olympus. Cerita pasal mitos zaman Greek dan Rome,pasal dewa-dewi dan segala kuasa jahat. Dari Zeus ke Kronos, sampailah ke skandal demigods dan perang Titan. Completely merapu dengan kuasa-kuasa yang mereka ada tapi kalau dah muka berangan tu kesah apa merapu pun.  Sebab buku Percy Jackson jugak la aku pi study mitos Greek Rome bagai ntah apa-apa.

Aaa aaaa buku-buku Jules Verne penah baca? Journey to the Center of the Earth! Kalaulah ada rezeki sampai ke situ,fuhhh. First sekali wajib kutip diamonds kat gua tu, balik permukaan bumi,kita jual. Then boleh jumpak glowing birds,flying fish, amazing extict creatures dan... Dinosours?
Buku beliau yang 20 Thousands League Under The Sea pun best. I wish, I wish I can have the chance to explore the ocean with you, Captain Nemo!

Paradise Fall. Yep, Paradise Fall yang dalam movie UP tu. Tapi bukan Paradise Fall dan Kevin the Giant Bird yang aku excited, tapi flying house macam Russel dan Mr Carl travel tu. Imagine travelling around the world with a flying house! Kalau tak flying house pun, raga durian pun boleh asalkan ada belon warna-warni dan terbang!




Banyak lagi tempat-tempat mustahil yang aku berangan nak pegi. Walaupun dah 21 tahun tapi imaginasi dari zaman kanak-kanak susah nak buang. Mungkin sebab buku-buku yang aku baca banyak pasal fiction dan imaginasi. Imaginary friend, who wants them now? Aku nak. Imaginary places, who wants to go? I want.  Sampai sekarang aku ingat ayat Enid Blyton, penulis buku kanak-kanak wanita yang feymes tu, dia tulis buku kanak-kanak pasal tempat-tempat rahsia sebab dari kecik dia teringin nak ada satu tempat rahsia yang mana dia boleh escape dari realiti. All kids want that,she said. Yep. Sebab tu jugak aku suka tidur. Bila tidur boleh mimpikan dunia fantasi yang selalunya tak mengecewakan. Alasan,padahal memang kuat tidor.

Walaupun aku bukan kanak-kanak, tapi dunia penuh bullshits ni kadang-kadang buat aku rasa nak escape dari realiti dan terjun ke dunia fantasi. Kadang-kadang imaginasi dan fantasi ni buat aku rasa yang we still have hopes for a better tomorrow. Kan fairytales dan fantasi selalunya punya happy endings?

Peaceee :)

2 comments:

vlogarilicious said...

peh best gilos kalau dapat g sume tu . dapat g hogwarts, kilang buat coklat willy wonka , kilang hop yg easter rabbit tu . sumela . best2

SaYaLiYaNaSaiDi said...

itu la.ingat nak buat part 2 pasal kilang willy wonka dgn hogwarts.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...