Wednesday, September 5, 2012

Mentally Escape From Reality: Bukan Sekadar Supermarket



Assalamualaikum.

Pernah pegi supermarket? Tak penah? Tak kesah pun. Mukadimah pointless. Aku takdak idea. Cissss.

Straight to the point saja lah woi .

Tadi petang aku pegi Tesco dengan mak, shoping untuk jamuan raya sekolah mak weekend ni. Kalau hantar dua wanita ni membeli-belah, memang satu troli tak pernah cukup. Tapi kan, total tak sampai tiga ratus ringgit. Aku pandang mak,mak pandang aku. Murahnya. What happen?? Sebab Tesco ada diskaun. Krik krik krik. Sebenarnya bukan diskaun Tesco yang aku nak ceritakan tapi perkara-perkara yang menarik boleh dibuat semasa di supermarket selain membeli-belah.

Pernah angkat botol sos atau botol kicap yang besar tak? Apa perasaan korang bila angkat botol tu? Aku kalau angkat mesti feeling macam tengah angkat trofi or award. Ohh.. Tiba-tiba hati jadi sebak. Terima kasih semua! Saya tak sangka akan menang. Tanpa sokongan anda semua saya tak mungkin dapat anugerah ini. Hello,no camera please. I silau.

Sorry,terbawak-bawak pulak.

Itu baru botol sos. Lumba troli penah? Yang ni kalau tak buat,memang rugi satu nikmat pegi supermarket. Ambik troli sorang satu, tolak laju-laju. Lagi best,tengah laju tu pijak troli,join sekali laju. Pehh. I'm surfing in a supermarket!



Kecik-kecik dulu selalu la buat. Sekarang nak buat,ermm.. Takut jugak tengah laju dengan troli,bakal mak mertua nampak, tak pasal-pasal kena reject. "Hari tu mak nampak pompuan ni la naik troli laju-laju kat Tesco. Tak mau aih mak buat menantu. Mak risau masa depan cucu mak nanti."

T~T

Tapi kan,kalau dapat naik kereta yang pekerja Tesco dok naik tu sedap gak. Drive laju-laju dalam Tesco macam maniac. YOLO kan, YOLO. Harharhar.

Kalau tak buat troli race pun,jalan macam tengah ice skating dalam mart tu. Slide! Tapi  kalau terguling tanggung sendiri la.

Next ni untuk yang tangan gatal macam aku ni. Nampak beras,cucuk! Nampak tepung,cucuk cucuk! Nampak pek air botol,cucuk bagi berlubang plastik tu. Bukak peti ais, cucuk-cucuk pek kentang goreng. Semua benda nak cucuk. Lepas tu kalau kat tempat beras timbang tu,selagi boleh sodok,kita sodok beras tu. Bukan nak beli pun. Saja seronok. Kalau ada masa  panjang boleh jugak buat sandcastle guna beras tu. Or ricecastle. Ikut kreativiti masing-masing ya.

Tadi masa pilih halia,kena marah sebab bukan dok pilih halia tapi dok main teka bentuk halia tu. Ada yang macam rock sign tangan tu,ada yang macam pokok kelapa,ada yang macam kapal,macam-macam bentuk lagi la. Yang ni ibu-ibu bapa-bapa boleh main dengan anak-anak kecik semasa membeli barang dapur. Bukan sahaja boleh menghilangkan bosan anak-anak yang memang tak rela ikut parents beli barang dapur,tapi boleh meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak-anak anda. Juga boleh dilakukan dengan menggunakan lengkuas dan kunyit hidup.

Last sekali ni aku selalu main dengan adik-adik aku. Cari pek air Vitagen ikut warna yang ditetapkan. Kalau nak ada 2 perisa anggur,2 oren dan satu susu,kena cari sampai jumpak. Sapa jumpak dia menang. Kami pernah main sampai nak runtuh susunan pek air tu. Apa lagi,buat muka tak bersalah dan cepat-cepat lari.

Banyak lagi perkara-perkara berfaedah seumpama ini yang boleh kita lakukan bila dalam supermarket. Bukan gila atau terencat tetapi kita kena buat hidup ini lebih happening dan bermakna. We are never too old to rock and roll,tak gitu? Cuma satu pesan aku, don't lose your mum in the supermarket. Panic like hell!

Babai.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...