Sunday, February 5, 2012

DENGKI

BERDENGKI.

Selalu dengar kan orang cakap pasal dengki-mendengki ni kan. Tambah-tambah bila bab kejayaan, harta dan meniaga. Macam dengki ni satu elemen penting bila kita melalui fasa-fasa hidup nih.

Dengki ni secara simple nya- tak puas hati dengan orang lain. Dengki ni bagus sebenarnya kalau sifat dengki ni kita jadikan sebagai batu loncatan untuk lebih berusaha mencapai kejayaan tapi ramai yang lebih memilih untuk pupuk belai dan cintakan sifat dengki ni sampai berakar umbi dalam hati.

Dengki ni sifat yang sangat bahaya sebab boleh membawa kepada fitnah. Nauzubillah. Pelik kan ada orang yang sanggup butakan mata, pekakkan telinga menabur fitnah semata-mata dengkikan seseorang? Sanggup perjudikan nasib diri di alam barzakh nanti semata-mata kerana dengki. Ni la sebenarnya contoh orang pendek akal. Tak fikir panjang.

Kenapa dengki boleh terjadi? Bagi aku, dengki tu tak salah. Lumrah la bila manusia dengkikan kejayaan seseorang contohnya. Tapi yang salah bila dengki tu tidak ditangani dengan betul. Tak salah kalau sifat dengki tu membuatkan kita berusaha lebih lagi. Yang salah bila dengki itu menjerumuskan kita kepada benda-benda yang tak betul. Santau, menjatuhkan orang, fitnah dan macam-macam lagi boleh terjadi bila dengki tu terlalu  menebal dalam diri.


Bagi aku yang selalu sangat dengar kisah orang didengki ni, pandangan aku simple ja. Orang yang sanggup berusaha lebih sebab dengki, memang aku sangat respek. Biarlah dia ada perasaan dengki pun tapi tak kacau orang lain. Positifkan benda yang mulanya negatif. Tapi untuk orang-orang yang sanggup menyantau, berbomoh-bomoh sebab dengki, one word bebeh- LOSER. Kau tak mampu guna kudrat sangat ke nak berjaya dalam hidup sampai terpaksa guna makhluk-makhluk halus dan benda-benda dilaknat? Kau rasa sangat berkuasa bila musuh kau jatuh sakit merana tapi bagi aku, memang aku gelak kaw-kaw punya sebab bila musuh dah sakit tak berdaya, baru kau rasa hebat dan kuat. Alorhh kesiannya hidup.


Lagi satu kaki fitnah bila dengki. Buat cerita itu ini sebab dengki. Bagi aku kaki fitnah ni jiwanya kacau. Hidupnya sangat menyedihkan sebab tak mampu nak capai kejayaan seperti orang lain. Fitnah yang disebarkan hanyalah untuk memujuk hati sendiri yang sedih dan merana sebab tak mampu hidup bahagia seperti orang lain. Sangat pathetic kan orang-orang macam ni? Hidup sedih, hati tak tenang, resah jiwa tak sudah..


Mereka perlukan pertolongan kita kah? Mereka sangat tersisih dari masyarakat kah?
Marilah sama-sama kasihani mereka kerana selagi mereka tidak bertaubat dan meminta maaf, tiada lagi yang dapat dikasihani di sana nanti.



P/S: Biar ternak lemak, jangan ternak dengki.Lalalala~

Thursday, January 5, 2012

CINTA HUJAN, MENTARI DAN ANGIN

Kata awak..
"Awak cakap Awak sukakan hujan, tetapi bila hujan turun Awak keluarkan payung.
Awak cakap Awak sukakan matahari, tetapi jika panas Awak cari tempat untuk berteduh.

Awak cakap Awak sukakan angin, tetapi Awak menutup mata bila angin bertiup kuat.

Dan sebab itulah saya risau jika awak cakap awak sukakan saya."
 
Jawap saya..
 
"Awak.. Memang saya sukakan hujan. Memang saya sukakan matahari. Dan memang saya sukakan angin. Tetapi bukankah sudah digariskan jangan terlalu suka dengan benda yang kita sukai sehingga boleh menimbulkan mudarat kepada diri sendiri?
 
Jika saya tidak berpayung dalam hujan, saya mungkin demam.
Jika saya tidak berteduh jika panas, saya mungkin jatuh sakit.
Dan jika saya membuka mata dikala angin bertiup kuat, saya mungkin terluka mata.. 
Dan bukankah menikmati dari hati lebih berharga dari mata yang terbuka?
 
Jika perkara ini buat awak ragu-ragu dengan cinta saya,
Tidakkah awak mahu saya payungkan awak dalam hujan? 
Tidakkah awak mahu saya teduhkan awak saat panas mentari? 
Dan kita sama-sama menutup mata menikmati tiupan angin yang mendamaikan?
 
 
Sesungguhnya awak, cinta yang terlebih-lebih itu bukan cinta, tetapi obsesi.
 
Jangan mengharapkan cinta dari si dia yang cintanya melebihi cinta kepada Si Dia yang satu.."
 
 
p/S: Jiwang la. Mallu~  


Saturday, December 17, 2011

FORGIVENESS

Selamat Hari Ahad! Maaf Zahir dan Batin!

Mintak maaf ni bukan masa Hari Raya ja, sebenarnya hari-hari kena mintak maaf dan memaafkan. Cuma mintak maaf di Hari Raya ni, maaf dipinta, sampul berisi diberi. Tu yang special sikit tu hehe :3



Ada satu saying ni,

"WOMEN FORGIVE BUT NEVER FORGET, MEN FORGET BUT NEVER FORGIVE"

Sejujurnya, benda ni sangat betul. Perempuan memang susah nak lupa sesuatu perkara, terutama benda buruk. Sebab tu jangan terkejut kalau benda dah jadi sedekad lepas, si wanita masih ingat every single detail. Sebab tu jugak kot wanita selalu suka subjek baca-baca hafal-hafal, senang nak ingat :P


Yang pasal lelaki tu aku tak tau la. Aku bukan lelaki. Tapi selalunya betul la lelaki senang lupa apa-apa yang jadi. Pasal tak memaafkan tu, rasanya terletak pada hati budi masing-masing. Kalau semua benda tak maafkan, lama-lama berulat hati tu, ye dak?


Sebagai wanita, aku memang seorang yang susah nak lupa apa-apa yang jadi. Sesungguhnya aku ingat lagi kecik-kecik dulu aku pernah dengan tak sengajanya terbaling benda kat sorang makcik ni sampai dia menjerit-jerit tengah-tengah kaki lima kedai sebab benda tu masuk dalam baju. Waarghhh mallu~ Kecik-kecik memang la nakal.Berbalik kepada subjek asal, memang sampai sekarang aku banyak ingat benda-benda yang jadi dalam hidup. Pahit, manis, sweet sour, semua ingat lagi. Kadang-kadang sampai emosi sorang-sorang. Tapi bila makin nak masuk angka 21 ni, semakin rasa pointless kita nak berdendam, semakin pointless untuk hold kemaafan untuk orang. Akal sewarasnya menasihat, maafkan. Hati cakap jangan, tapi lama-lama berulat bernanah kalau ikutkan sangat kata hati. Bila kita ikut waras akal, nah, hidup rasa tenang, bahagia tanpa bisik-bisik jahat minta membenci orang itu-ini.


Hidup bahagia, hati tenang, pointer terjamin *tetiba*



 
Tapi kan, memang patut pun macam ni. Sebab kalau semua nak forgive and forget, takda la SEJARAH.

Kalau semua tak nak forgive tapi nak forget je, berulat la hati manusia. Tak aman la dunia. Menangis la Bumi.



Bila lelaki tak memaafkan, wanita akan memaafkan. Bila wanita memaafkan, lelaki akan tersentuh dan memaafkan kembali.

Bila lelaki melupakan, wanita akan ingatkan kembali. Baru la wanita ada point nak bercerita macam-macam sebab kalau lelaki ingat semua, kami nak cakap apa lagi~


Lalallalala~ This entry is pointless sebenarnya. Aku bosan. Babai!

Wednesday, November 30, 2011

FIZIK DAN WANITA :)

As-salam.

Hari ni besdey Abah aku a.k.a master sifu aku dalam Fizik. Steady Abah, steady! Bercakap pasal Fizik ni, rasanya dah lama aku tak merapu pasal Fizik. Malas nak fikir panjang-panjang , al-maklumlah dah rajin study. Eh mallu~ -.-'

Tadi tengah jenjalan kat Facebook, nampak la status Encik Ammar ni pasal pompuan. Beliau cakap pompuan ni susah nak faham. Masa tu aku tengah bersusah payah nak fahamkan subjek Fizik yang aku tengah study. Maka terdetiklah satu perumpamaan " Perempuan ni macam Fizik. Menarik tapi susah nak faham". So girls, anda-anda setuju?

Aku setuju. Ye la aku yang cakap benda ni haha.

Fikir punya fikir sampai tergelak sorang-sorang dalam toilet, dapat la beberapa points yang mengukuhkan lagi teori aku yang pompuan ni macam Fizik.



Pertama sekali, Fizik secara istilah adalah kajian terhadap matter and motion in order to understand the behaviour of the universe. Maknanya kalau nak kaji universe ni kena kaji matter dan motion yang ada. Macam tu jugak la kalau nak faham pompuan. Kena perhati siapa dia? Macam mana pergerakkannya? Apa dia suka, apa dia tak suka dll~



Kemudian, Abah aku selalu cakap yang Fizik ni ibu segala ilmu Sains. Dari Fizik kita boleh terbit macam-macam bidang sains. Macam tu jugak la pompuan. Walaupun Adam itu manusia pertama, tapi Hawa lah yang meneruskan kelansungan umat manusia di bumi ini. Dari perut Hawa lah umat manusia berkembang :)



Berbalik kepada status Encik Ammar tu, pompuan susah nak faham. Macam tu jugak la Fizik. Fizik sangat menarik bila buat observations dan tertarik untuk tawu dengan lebih lanjut kenapa mengapa dan bagaimana jadi macam tu. Tapi bila kita nak faham dengan lebih dalam, mak aii susahnya! Ada teori, ada fundamentals, ada laws tertentu, macam-macamlah nak kena ambik tawu. Macam-macam la nak kena faham sampai last-last tension dan tak taw nak faham macam mana lagi dah. Macam tu jugak la kebanyakan perempuan. Mula-mula pandang, menarik je. Eh nak kenal lah dengan awek tu! Tapi bila nak kenal rapat, macam-macam la si jejaka nak kena faham. Kiri tak kena, kanan pun tak kena. Last-last fedap sorang-sorang~haha!



 


Dalam Fizik jugak ada macam-macam formula. Nak selesaikan masalah kena guna formula yang betol. Kalau salah formula memang tak selesai la jawabnya. Perempuan pun macam tu jugak. Kalau nak pujuk contohnya, kena guna formula yang betol. Salah taktik, salah formula, memang bye-bye la jawabnya. Dalam Fizik pun kena guna unit yang betol. Formula betol tapi unit salah, tetap bye-bye. Sensitif kan Fizik ni. Perempuan pun macam tu la. Sensitif ya'mat! Kena berjaga-jaga, hati-hati sepanjang masa~



Lagi satu, kalau salah faham teori dan fundamental Fizik ni, memang hancus la. Semua benda tak jadi. Kena la sit back, relax, dan study balik dari awal yang mana kita silap. Tak rasa perempuan pun macam tu ke? Kalau buat salah dengan perempuan, tak ramai yang akan cakap apa salah lelaki tu. Tup-tup terus merajuk tak cakap setahun. Nak tak nak, lelaki tu terpaksa fikir balik apa yang dia dah silap. Kena gali sendiri la mana kau dah tersalah cakap~ Nak faham perempuan ni tak boleh gopoh-gopoh. Ladies man macam mana pun kalau tak faham dari fundamental, at the end nanti mesti akan pening~



Banyak kan inovasi yang kita tengok hasil dari kajian ahli Fizik. Teknologi itu ini, handphone dari besar gedabak macam bata sekarang main sentuh-sentuh ja dan macam-macam lagi. Fizik tak pernah sunyi dari inovasi. Aku tengok macam tu jugak la perempuan. Dari tudung pin kat leher lepas tu selempang kat bahu, muncul pulak selendang. Boleh lilit sana sini, buat bunga lagi. Lepas tu letak pulak rama-rama setempek atas kepala. Selendang pun macam-macam jenis dah ada sekarang. Syria la apa la aku pun tak taw sebab aku tak reti sangat fesyen-fesyen ni. Kami perempuan memang terer berinovasi macam ni :P



Bom atom taw dak? Jangan buat main, salah guna meletup hancur dunia. Walaupun bom dah lama meletup tapi efek radiasi tu 3,4 generasi akan suffer. So dari awal-awal kena jaga dengan elok-elok penuh kasih sayang. Jangan salah guna! Perempuan pun macam tu la. Jangan salah guna! I mean, jangan buat main dengan perempuan ni, terutama hati dan perasaan. Lembut memang lembut, manja memang manja, tapi sekali salah suis, meletup kebabom! Memang rosak dunia kalau dah meletup. Kena tunggu cool dulu baru boleh pujuk tapi kesannya susah nak ilang dan akan dikenang selama mungkin. Memang la kena label kat perempuan  ni "Handle With Care. Extra Care!"





Last but not least, Abah aku selalu cakap Fizik ni boleh explain almost everything! Cuba suruh perempuan explain something nescaya kau akan menyesal sebab we can explain almost everything too! Silap sikit je, macam terlanggar sesuatu. Kalau lelaki mostly akan cakap sorry and settle je tapi kalau perempuan, dari awal sampai akhir macam mana boleh langgar akan diterangkan tanpa henti :P




Aku pernah baca yang lelaki lebih cemerlang dalam bidang Fizik berbanding perempuan. Dulu macam tak puas hati jugak la dengan statement ni tapi sekarang aku rasa yang memang patut pun. Kalau Fizik ni macam perempuan, memang la lelaki yang lebih tertarik untuk kaji. Opposite attract! Oooppss!!







Sebagai penutup, baca ayat ni elok-elok:

Women are like Physics. 
We can make your life interesting and we can also make your life hard! 

Babai :P

Wednesday, November 23, 2011

PERGI

Hai. Hari ni aku beli surat khabar Metro.

Intro paling pelik aku pernah buat. Tapi sebab beli surat khabar ni jugak la aku tersentuh sangat-sangat. Pertama bila baca berita suami ikat isteri kat kipas siling lepas tu putarkan. Sial punya lelaki. Kalau mati isteri kau tu, abes la tak sempat mintak maaf. Selamanya tak diampunkan. Yang ni bikin aku emo. Puihh!

Kedua, isteri meninggal depan mata suami. Isteri digilis, diseret depan mata suami semasa suami on da way hantar isteri pergi kerja. Chinese couple.  Aku yang baca pun tergamam. Lagi tergamam dan tersentuh bila gambar penghias berita adalah gambar si suami teresak-esak menangis tepi mayat isteri. Oh my. Aku touching gila.

Sayangnya uncle tu kat isteri dia. Kesiannya kat uncle tu. Beruntungnya, bertuahnya auntie tu punya suami macam uncle. Punya suami yang ada disisi sampai akhir hayat. Punya seseorang yang menangisi pemergian walau ditempat awam. Bertuahnya auntie. Bertuah sangat-sangat.


Aku memang sangat suka tengok old couple. Old couple is so sweet and adorable. Dan aku sangat tak boleh tengok orang sedih sebab kehilangan orang yang dia sayang. Dah banyak aku tengok, dah banyak kali bahu aku pinjamkan untuk mereka-mereka  yang hilang orang tersayang.

Tak sanggup.

Hilang mati tak berganti. Kalau berganti pun tak mungin sama dengan yang dulu.


Tapi beruntunglah kalau kita tinggalkan dunia ni dengan penuh kasih sayang. Beruntunglah kalau pemergian kita ditangisi, diingati.

Kalau kita berada dipihak yang kehilangan, biarlah bila kita hilang sesuatu yang kita sayang, kita hilang tanpa rasa ralat. Faham maksud aku?

I mean, biar hilang tanpa sesal yang kekal. Pengaruh aku tengok cerita sedih leleh-leleh, memang menyesal sangat-sangat kalau kita hilang seseorang bila kita tersakitkan hati dia, terpunahkan impian dia, atau bila kita abaikan dia.

Aku tak tawu la orang lain tapi kalau aku, aku memang menyesal kalau

1. Orang mintak tolong dan aku abaikan. Tiba-tiba dia dah tak ada. Ralat. Ralat sangat.
2. Aku marah-marah, tiba-tiba yang dimarahi pergi. Menyesal. Menyesal.

Tapi paling-paling menyesal kalau orang mengadu sedih lelah, diabaikan, kemudian dia hilang mati.
Lagi menyesal kalau dia hanya mengadu raih semangat untuk terus hidup. Kita abaikan. Dia pergi. Menyesal sangat-sangat. Kalaulah perhatian yang diberikan sekadar seminit dua boleh naikkan semangat dia berjuang untuk hidup.


Menyesal la kalau jadi macam ni. Sebab dah takda waktu untuk mohon ampun. Dah takda peluang untuk buat dia rasa dihargai. Bayangkan seseorang tu pergi dengan rasa kecewa, hampa.

Dan bayangkan kita yang berdosa tak sempat mintak ampun.

Alah apa aku merepek ni.
Babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...