Wednesday, November 30, 2011

FIZIK DAN WANITA :)

As-salam.

Hari ni besdey Abah aku a.k.a master sifu aku dalam Fizik. Steady Abah, steady! Bercakap pasal Fizik ni, rasanya dah lama aku tak merapu pasal Fizik. Malas nak fikir panjang-panjang , al-maklumlah dah rajin study. Eh mallu~ -.-'

Tadi tengah jenjalan kat Facebook, nampak la status Encik Ammar ni pasal pompuan. Beliau cakap pompuan ni susah nak faham. Masa tu aku tengah bersusah payah nak fahamkan subjek Fizik yang aku tengah study. Maka terdetiklah satu perumpamaan " Perempuan ni macam Fizik. Menarik tapi susah nak faham". So girls, anda-anda setuju?

Aku setuju. Ye la aku yang cakap benda ni haha.

Fikir punya fikir sampai tergelak sorang-sorang dalam toilet, dapat la beberapa points yang mengukuhkan lagi teori aku yang pompuan ni macam Fizik.



Pertama sekali, Fizik secara istilah adalah kajian terhadap matter and motion in order to understand the behaviour of the universe. Maknanya kalau nak kaji universe ni kena kaji matter dan motion yang ada. Macam tu jugak la kalau nak faham pompuan. Kena perhati siapa dia? Macam mana pergerakkannya? Apa dia suka, apa dia tak suka dll~



Kemudian, Abah aku selalu cakap yang Fizik ni ibu segala ilmu Sains. Dari Fizik kita boleh terbit macam-macam bidang sains. Macam tu jugak la pompuan. Walaupun Adam itu manusia pertama, tapi Hawa lah yang meneruskan kelansungan umat manusia di bumi ini. Dari perut Hawa lah umat manusia berkembang :)



Berbalik kepada status Encik Ammar tu, pompuan susah nak faham. Macam tu jugak la Fizik. Fizik sangat menarik bila buat observations dan tertarik untuk tawu dengan lebih lanjut kenapa mengapa dan bagaimana jadi macam tu. Tapi bila kita nak faham dengan lebih dalam, mak aii susahnya! Ada teori, ada fundamentals, ada laws tertentu, macam-macamlah nak kena ambik tawu. Macam-macam la nak kena faham sampai last-last tension dan tak taw nak faham macam mana lagi dah. Macam tu jugak la kebanyakan perempuan. Mula-mula pandang, menarik je. Eh nak kenal lah dengan awek tu! Tapi bila nak kenal rapat, macam-macam la si jejaka nak kena faham. Kiri tak kena, kanan pun tak kena. Last-last fedap sorang-sorang~haha!



 


Dalam Fizik jugak ada macam-macam formula. Nak selesaikan masalah kena guna formula yang betol. Kalau salah formula memang tak selesai la jawabnya. Perempuan pun macam tu jugak. Kalau nak pujuk contohnya, kena guna formula yang betol. Salah taktik, salah formula, memang bye-bye la jawabnya. Dalam Fizik pun kena guna unit yang betol. Formula betol tapi unit salah, tetap bye-bye. Sensitif kan Fizik ni. Perempuan pun macam tu la. Sensitif ya'mat! Kena berjaga-jaga, hati-hati sepanjang masa~



Lagi satu, kalau salah faham teori dan fundamental Fizik ni, memang hancus la. Semua benda tak jadi. Kena la sit back, relax, dan study balik dari awal yang mana kita silap. Tak rasa perempuan pun macam tu ke? Kalau buat salah dengan perempuan, tak ramai yang akan cakap apa salah lelaki tu. Tup-tup terus merajuk tak cakap setahun. Nak tak nak, lelaki tu terpaksa fikir balik apa yang dia dah silap. Kena gali sendiri la mana kau dah tersalah cakap~ Nak faham perempuan ni tak boleh gopoh-gopoh. Ladies man macam mana pun kalau tak faham dari fundamental, at the end nanti mesti akan pening~



Banyak kan inovasi yang kita tengok hasil dari kajian ahli Fizik. Teknologi itu ini, handphone dari besar gedabak macam bata sekarang main sentuh-sentuh ja dan macam-macam lagi. Fizik tak pernah sunyi dari inovasi. Aku tengok macam tu jugak la perempuan. Dari tudung pin kat leher lepas tu selempang kat bahu, muncul pulak selendang. Boleh lilit sana sini, buat bunga lagi. Lepas tu letak pulak rama-rama setempek atas kepala. Selendang pun macam-macam jenis dah ada sekarang. Syria la apa la aku pun tak taw sebab aku tak reti sangat fesyen-fesyen ni. Kami perempuan memang terer berinovasi macam ni :P



Bom atom taw dak? Jangan buat main, salah guna meletup hancur dunia. Walaupun bom dah lama meletup tapi efek radiasi tu 3,4 generasi akan suffer. So dari awal-awal kena jaga dengan elok-elok penuh kasih sayang. Jangan salah guna! Perempuan pun macam tu la. Jangan salah guna! I mean, jangan buat main dengan perempuan ni, terutama hati dan perasaan. Lembut memang lembut, manja memang manja, tapi sekali salah suis, meletup kebabom! Memang rosak dunia kalau dah meletup. Kena tunggu cool dulu baru boleh pujuk tapi kesannya susah nak ilang dan akan dikenang selama mungkin. Memang la kena label kat perempuan  ni "Handle With Care. Extra Care!"





Last but not least, Abah aku selalu cakap Fizik ni boleh explain almost everything! Cuba suruh perempuan explain something nescaya kau akan menyesal sebab we can explain almost everything too! Silap sikit je, macam terlanggar sesuatu. Kalau lelaki mostly akan cakap sorry and settle je tapi kalau perempuan, dari awal sampai akhir macam mana boleh langgar akan diterangkan tanpa henti :P




Aku pernah baca yang lelaki lebih cemerlang dalam bidang Fizik berbanding perempuan. Dulu macam tak puas hati jugak la dengan statement ni tapi sekarang aku rasa yang memang patut pun. Kalau Fizik ni macam perempuan, memang la lelaki yang lebih tertarik untuk kaji. Opposite attract! Oooppss!!







Sebagai penutup, baca ayat ni elok-elok:

Women are like Physics. 
We can make your life interesting and we can also make your life hard! 

Babai :P

Wednesday, November 23, 2011

PERGI

Hai. Hari ni aku beli surat khabar Metro.

Intro paling pelik aku pernah buat. Tapi sebab beli surat khabar ni jugak la aku tersentuh sangat-sangat. Pertama bila baca berita suami ikat isteri kat kipas siling lepas tu putarkan. Sial punya lelaki. Kalau mati isteri kau tu, abes la tak sempat mintak maaf. Selamanya tak diampunkan. Yang ni bikin aku emo. Puihh!

Kedua, isteri meninggal depan mata suami. Isteri digilis, diseret depan mata suami semasa suami on da way hantar isteri pergi kerja. Chinese couple.  Aku yang baca pun tergamam. Lagi tergamam dan tersentuh bila gambar penghias berita adalah gambar si suami teresak-esak menangis tepi mayat isteri. Oh my. Aku touching gila.

Sayangnya uncle tu kat isteri dia. Kesiannya kat uncle tu. Beruntungnya, bertuahnya auntie tu punya suami macam uncle. Punya suami yang ada disisi sampai akhir hayat. Punya seseorang yang menangisi pemergian walau ditempat awam. Bertuahnya auntie. Bertuah sangat-sangat.


Aku memang sangat suka tengok old couple. Old couple is so sweet and adorable. Dan aku sangat tak boleh tengok orang sedih sebab kehilangan orang yang dia sayang. Dah banyak aku tengok, dah banyak kali bahu aku pinjamkan untuk mereka-mereka  yang hilang orang tersayang.

Tak sanggup.

Hilang mati tak berganti. Kalau berganti pun tak mungin sama dengan yang dulu.


Tapi beruntunglah kalau kita tinggalkan dunia ni dengan penuh kasih sayang. Beruntunglah kalau pemergian kita ditangisi, diingati.

Kalau kita berada dipihak yang kehilangan, biarlah bila kita hilang sesuatu yang kita sayang, kita hilang tanpa rasa ralat. Faham maksud aku?

I mean, biar hilang tanpa sesal yang kekal. Pengaruh aku tengok cerita sedih leleh-leleh, memang menyesal sangat-sangat kalau kita hilang seseorang bila kita tersakitkan hati dia, terpunahkan impian dia, atau bila kita abaikan dia.

Aku tak tawu la orang lain tapi kalau aku, aku memang menyesal kalau

1. Orang mintak tolong dan aku abaikan. Tiba-tiba dia dah tak ada. Ralat. Ralat sangat.
2. Aku marah-marah, tiba-tiba yang dimarahi pergi. Menyesal. Menyesal.

Tapi paling-paling menyesal kalau orang mengadu sedih lelah, diabaikan, kemudian dia hilang mati.
Lagi menyesal kalau dia hanya mengadu raih semangat untuk terus hidup. Kita abaikan. Dia pergi. Menyesal sangat-sangat. Kalaulah perhatian yang diberikan sekadar seminit dua boleh naikkan semangat dia berjuang untuk hidup.


Menyesal la kalau jadi macam ni. Sebab dah takda waktu untuk mohon ampun. Dah takda peluang untuk buat dia rasa dihargai. Bayangkan seseorang tu pergi dengan rasa kecewa, hampa.

Dan bayangkan kita yang berdosa tak sempat mintak ampun.

Alah apa aku merepek ni.
Babai.

Thursday, November 17, 2011

WHAT A WONDERFUL WORLD

As-salam.


Korang pernah dengar lagu 'What A Wonderful World' nyanyian Louis Armstrong tak?


Kalau tak pernah, nah aku dengan baik hati nya kasik link. Layan la. Serius best.



First time aku dengar lagu ni masa tengok video lelaki buat bayang-bayang macam-macam guna tangan dia. Arnab la muka lelaki la serigala la apa la. Hebat, hebat. Tapi masa ni sebab terlalu asyik dengan video tu, aku tak berapa kesah sangan lirik lagu ni.


Then aku tengok satu movie Hindi kat Astro Fiesta. Pasal sorang magician yang masuk court sebab nak legalkan kematian dia. Macam WTF la jugak gila nak mati tapi dia buat macam tu sebab tak tahan dengan hidup dia. Dah la sakit,lumpuh separuh badan, ada kawan pun tak layak nak panggil kawan. Kawan kencheng kawan. Itu yang dia nak mati sesangat tu. Masa dia pegi funeral sorang member dia mati, tetiba dia nyanyi lagu ni. Touching gila. Eh dah macam buat review cerita Hindi tu pulak. Maap la, teman da kabor teman ni idak boleh tengok orang hensyem-hensyem ni. Hritik Roshan la pulak berlakon. Tralalala~


My point is, setelah aku hayati lirik lagu ni, I feel like indah sangat-sangat lagu ni. My point of view terus berubah bila dengar lagu ni. Ditambah pulak dengan nyanyian Louis yang memang penuh jiwa.


Kenapa kita saling nak membenci? Kenapa kita saling nak bergaduh? Kenapa nak mendengki?
I admit aku pun ada buat salah silap macam orang lain, tapi bila tengok balik kisah belakang-belakang, rasa macam tak perlu pun semua-semua tu.


Dan lirik

" I see friends shaking hands, saying how do you do, They're really saying I Love You",


Ya ALLAH, indahnya kalau semua orang boleh buat macam ni.

Sedangkan tumbuh-tumbuhan tumbuh  dan bunga berkembang untuk kita semua.
Langit biru, awan putih,dan matahari bercahaya terangkan alam ini untuk kita semua.
Warna pelangi, semua tujuh warna yang ceria, datang dari satu warna putih, juga untuk menceriakan kita semua.
Tak kira bangsa, agama dan pandangan politik.
Kenapa kita perlu berpecah?

Sebenarnya tak perlu gunakan orang lain, jadi macam parasit untuk kita capai apa yang kita impikan. Hargai semua orang yang ada di sekeliling kita, kebahagiaan akan datang sendiri bila kita tahu untuk menghargai.

Oh, what a wonderful world :)

Monday, November 14, 2011

I WONDER < PHYSICS VERSION>

 Pukul 1 pagi. Ding dong.

Macam dah lama tak menaip. Sebenarnya ada banyak drafts tapi mostly type sekerat jalan sebab tengah-tengah menaip, feel tu hilang. Ewah~ Kalau abes karang pun nak post rasa macam salah timing. Dan takdak feel nak post. Artist ni, artist kalau buat benda jiwa-jiwa macam ni!

Ok sambung. Entri ni more to science students la, especially student Fizik macam aku ni. We learnt lotsof things, dan yang buat Fizik sangat cool adalah we can explain things. Having a father as a Physicist, dari kecik lagi aku dah tertarik dengan Fizik sebab semua, or mostly "Kenapa" yang aku tanya, oyeah Abah boleh explain. Fizik explain almost everything. Ngehehehe.

Well bila kita belajar benda yang teori dan ada terms yang tertentu, kadang-kadang macam nak tegur bila berada dalam situasi macam ni:

1. Bila orang cakap steam instead of water vapour, or just awan. Its water vapour my dear, water vapour!!! *sarcastic*

2. Bila tengok painter or artist melukis dan mewarna warna pelangi, and they put the colours in the wrong orders. Eerrhhh~ Rasa nak pi habaq yang Michael Jackson tralalalala *nimonik warna pelangi*. Salah turutan tu, salah. Violate hukum Fizik ni bang!

3. Bila buat eksperimen dalam lab, kadang-kadang result yang aku dapat memang rasa nak bom ja lab tu. Atitud orang bodoh sombong taknak mengaku sendiri yang tak reti haha. Aku berlakon ja ni,mana ada nak bom-bom ni *takmau jadi bodoh sombong*. Tapi kenapa kadang-kadang result hampeh sangat? Sampah pun malu nak mengaku sedara bila tengok value yang lari benor. Masa nak buat discussion berjela-jela explain. Satu benda yang aku nak tulis is efek gravity bulan. Kalau air di lautan pun sang bulan boleh pasang surutkan, tak mustahil eksperimen aku sang bulan tak campur tangan. Aha gile.

Teori fizik yang dulu-dulu bagi aku sangat suci. Ewahh~ Tapi kadang-kadang penambahbaikan yang dibuat .... Ahh! Baca contoh bawah ni jela. Tension aku fikir mende ni.

3. Benjamin Franklin adalah physicist yang discover electricity. Yay him the genius yang boleh buat aku surf internet, tengok tv, seterika tudung, cas bateri handfon dll. 
TAPI, sapa yang cipta meter letrik? Aku tak kan google pasal ni sebab I will hate him/her for the rest of my life. Joy killer.

Dan satu benda ni.

4. Udara panas naik atas, udara sejuk turun bawah. Tapi kenapa lagi tinggi kita naik, udara makin sejuk?
Aha. Mesti ada explaination tapi malas la nak carik. Biarkan benda ni buat aku rasa aku boleh pertikai hukum fizik. Biarkan aku rasa hebat sorang-sorang. Jangan ganggu hidup  aku *tetiba.



Hehe.

bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...